CHIN SWEE CAVES TEMPLE GENTING HIGHLANDS

TARIKH : 20/09/2020

Chin Swee Caves Temple Genting Highlands menjadi salah satu tarikan pelancong yang menarik ada di Genting Highlands. Chin Swee Cave Temple juga ada berkait dengan sejarah pembukaan Genting Highlands.

Info dari dikbee.com

Chin Swee Caves Temple adalah sebuah kuil Taoist yang terletak di Genting Highlands, Pahang, MalaysiaChin Swee Caves Temple terletak di tapak yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik Genting Highlands. Lokasi Chin Swee Caves Temple terletak 4600 kaki di atas paras laut, yang mengambil masa kira-kira 5-10 minit turun dari puncak gunung. Dalam temple ni ada patung Qingshui, seorang sami Buddha yang telah lama dikenali sebagai dewa di wilayah Fujian, China dengan kebolehan luar biasa untuk memanggil hujan dan mengusir roh-roh jahat.

Chin Swee Caves Temple menarik ramai penganut tempatan dan asing dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China. Chin Swee Caves Temple terletak di atas sebidang 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh Genting Group di mana pengasasnya adalah mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong. Berikut adalah antara tarikan di dalam Chin Swee Caves Temple Genting Highlands :

  • 24 Filial Stories
  • Sky Terrace
  • Pagoda
  • 9-colour dragon wall of luck
  • Fu-Lu-Shou
  • Bridge Of Fairies
  • 10 Chambers of Hell
  • Statue Of Guan Yin
  • Statue Of Buddha
  • Dragon Mineral Water

Acik lin melihat gambar yang dikongsikan sepupu di fb. Wah! menarik sekali. Seperti berada di negara China! Jika kat Siem Reap ada Angkor Wat, kat Yogyakarta ada Borobodur, kat Genting Highlands pula ada Chin Swee Caves Temple.

Bukan main dia posing haha. Acik pun wassap dia bertanyakan mengenai tempat ni. Kebetulan dah lama kami mereput di sebabkan pandemik yang melanda. Jadi nak hilangkan rindu travel tu boleh la ke sini.

Nak ke sini mudah sahaja. Jika menaiki kenderaan waze sahaja nama tempat ni. Insyallah sampai depan pintu gerbang ni boleh la park kereta area situ. Anda juga boleh menggunakan cable car. Musim pandemik ni anda boleh check dulu status operasi.

Anak bujang bergambar depan pintu masuk. Masing-masing teruja, dah lama sangat mereput kat rumah 

Ni tak jauh dari pintu masuk. Dari sini nampak cable car tergantung kat atas tu.

Gambar di bawah ni entrance ke menara Pagoda.

Di sini ada map untuk menunjukkan keseluruhan tempat yang boleh dilawati.

Layan view menghijau dan agak berkabus

Di sebelah kiri jalan, terletaknya Statue Of Buddha.
Kami naik ke bahagian atas. Banyak patung-patung pelbagai bentuk dan nama. Acik lin terlupa nak snap gambar (ambil video saja). Sebagai orang Islam dan tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus menghormati agama dan budaya kaum lain. Sebagai seorang Muslim, sebaiknya amalkan doa dan zikir. Tambahan apabila bawa anak kecil. Niat yang baik-baik insyallah dipermudahkan niat kita.

Tiba je di bahagian atas ni, terasa seperti di negara China haha. Kami pun bergambar di sini. Cuaca agak berkabus dan mendung.

 

Kami menghabiskan lebih kurang 15minit di sini. Meneroka kawasan sekeliling dan melayan view dari atas. Terdapat kerusi dan pondok untuk pengunjung berehat sambil menikmati panorama Genting.
Sewaktu hendak pulang, kami terserempak dengan pelakon popular kanak-kanak Kashika Selvam
Bapanya sangat ramah. Bila anak acik lin terintai-intai, beliau panggil Kashika keluar dari kereta untuk bergambar. Kashika pun comel dan ramah. Bersembang santai mengenai trip mereka ke sini. Salute kat family ni. Mesra melayan peminat.
Anak-anak dah mula lapar. Mujur ada bawa bekal dari Rawang.
Selesai makan kami ke Genting Grand Hotel dan layan anak-anak main games di Video Games Park.
.

Itulah saja kisah kami ke sini. Oh ya! Jangan lupa masukkan tempat ni dalam list jika ke Genting Highland. Jumpa lagi di post yang lain 🙂