18/5/2021 acik lin terima whatsapp,
Hi, assalamualaikum Pn Linda. Saya Irfan dari PTT Outdoor. Saya dapat contact number dari blog Pn. Saya suka write up dan content yang ditulis ๐. Saya nak tanya jika Pn Linda berminat untuk berkolaborasi bersama PTT Outdoor?
Hati berbunga-bunga jugalah. Website acik lin ni masih baru. Bulan 10, 2020. Baby lagi orang kata. Baru 7 bulan. Sebelum tu acik menulis di www.erozlin.blogspot.com . Itupun dah lama bersawang. Acik mula tergerak nak aktif di website sejak buat Public Gold. Kata guru emas, Tuan Shamsuddin Kadir, carian google ni dari dulu sampai sekarang masih releven. Nak cari info, kita masih bergantung dengan google.
Pesan Guru,
Website ini macam tanam pokok yangย berbuah selepas 1- 3 tahun. Apabila dah berbuah, ianya tidak bermusim dah. Sentiasa berbuah. Orang yang Istiqamah Tulis di website dan Sabar itu orang yang timbul sebagai Champion dalam hidupnya InsyaaAllah.
Pada awalnya acik banyak kongsi info mengenai emas. Tetapi kemudiannya terfikir, apa salahnya acik ajak masyarakat buat aktiviti sihat. Acik aktif mendaki sejak 2017. Pada ketika itu boleh kata tiap minggu acik buat aktiviti hiking. Mulanya di kawasan Selangor. Selepas tu pantang nampak trip best, tahu-tahu merata dah pergi. Tu belum masuk bab kawan racun. Kadang tak terfikir sejauh tu boleh pergi, hanya kerana HIKING ๐ Apapun, alhamdulilah atas nikmat kesihatan yang baik. Moga acik terus istiqamah didik masyarakat celik emas dan melakukan aktiviti sihat.
Berbalik pada perbualan dengan pihak PTT Outdoor, mereka akan create code/referral link, dan pembaca yang ingin beli produk tersebut boleh guna referral link untuk dapat diskaun 5-10%
PTT Outdoorโs big mission is to encourage more individuals to explore the outdoors , because they believe that a life lived outdoors is a life lived.
PTT Outdoor adalah syarikat yang menjual barangan outdoor termasuklah hiking, camping, running, cycling dan mereka berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi pada masa depan. Mereka menjual barangan outdoor harga mampu milik, kualiti premium dan sasarkan untuk menyelesaikan masalah harga lambung bagi barangan outdoors di luar sana. Dengan membeli bersama PTT Outdoor, diharapkan pengguna akan dapat barangan dengan harga terbaik di pasaran.
Harga produk di PTT Outdoor bermula dari serendah RM2.90 dan mempunyai lebih 700 item di website. Menerima lebih 3000 positive review dari fb dan website kerana pengguna sangat sukakan servis dari mereka.
Boleh refer website di bawah. Klik je gambar di bawah untuk dapat diskaun pembelian ๐
Oh ya, acik lin ada terima 2 produk dari pihak PTT Outdoor untuk review. Insyallah bila dah boleh hiking nanti acik share dengan pembaca semua ๐ Produk di PTT Outdoor ni bukan asing lagi dengan acik. Sebelum ni pun selalu shopping barang hiking di kedai online mereka. Alhamdulilah setakat ni sangat berpuashati dengan produk di PTT Outdoor. Mampu milik dan berkualiti. Boleh katakan semua barang outdoor ada di sana. Banyak pilihan! Boleh rambang mata nak pilih.
ย
Jika berminat dengan 2 barang ni, boleh gunakan link di bawah
Portable hammock =>http://bit.ly/3fC1ZbJ
Liter Hydration Bladder=>http://bit.ly/3ibuMWm
Time to shop! Jom kita ๐
