Nama Tempat: Mt Seorak, South Korea

Ketinggian : 1708M

Tahun : 2015

Mt Seorak merupakan gunung ke-3  tertinggi di Korea Selatan setelah Gunung Halla di Pulau Jeju dan Gunung Jiri di Gyeongsang Selatan.

Terletak di sisi timur Korea Selatan, Seoraksan adalah pegunungan berbatuan, yang tersusun atas granit dan gneiss. Nama Seorak adalah “Seol” maksudnya salju, dan “Ak” bermaksud big mountain, kerana salju di gunung ini tidak akan meleleh untuk waktu yang lama sehingga menjaga bebatuan di gunung ini tetap dalam keadaan putih. Sejak tahun 1965, kawasan Seoraksan ini ditetapkan sebagai kawasan pelestarian monumen alam, dan areal wisata di sekitarnya pun diberi nama Seoraksan National Park.

Kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak travel Kembara Sufi. Dari pekan Sokcho ke Seoraksan National Park lebih kurang 20minit.

Berhenti rehat
Selagi boleh berjalan, Acik lin heret mama
Kaki Sheena dan Mak tok

Selepas berehat dalam 15 minit, bas bergerak meneruskan perjalanan naik ke atas. Sepanjang laluan, acik lin nampak gunung-gunung memutih dengan salji. Kagum! pertama kali melihat gunung bersalji depan mata. Cuaca makin sejuk. Tapi budak-budak ni macam tak rasa apa je huhu

Dari pintu utama

Rombongan kami tiba di Seoraksan National Park sekitar jam 8 pagi. Di dalam taman ada patung beruang, salah satu iconic tempat berfoto para pengunjung.

Menjelajah kawasan Sogongwon Park

Setelah itu, kami menaiki cable car dan berkesempatan melihat keindahan gunung dari atas. Hanya mengambil masa 5 minit menaiki cable car untuk sampai ke stesen bahagian atas. Setiba di stesen cable car, kami berehat di kerusi yang disediakan dan menikmati pemandangan gunung yang diliputi salji. Suhu ketika itu 5 darjah celcius. Sangat sejuk.

Latarbelakang gunung yang diliputi salji. Ketika itu musim luruh dan salji mula mencair. Hanya tinggal saki baki ais di atas gunung
Melepak
Waktu ni belum jumpa hobi mendaki. Jadi kaki belum gatal nak mendaki

Jika berhajat ke Gwongeumseong Fortress perlu mendaki  sekitar 15-20 minit untuk sampai ke sana.

Sogongwon Park → Cable car  (5minit)→ Gwongeumseong Fortress (1.5 km, 15-20 minit)

Pendakian ke Gwongeumseong tidak susah kerana ada tangga untuk mudahkan pendakian. Ramai pengunjung naik ke sini untuk menikmati pemandangan berbatu yang cantik.

Laluan bertangga. Ketika ini kelihatan salji-salji di sekeliling pokok
Laluan berbatu
Pertama kali nak pegang salji. Layankan
Kak Sheena tak nak pakai jaket. Tebal kulit budak ni
Cantikkan pemandangan kat belakang tu
Ramai pelancong dan penduduk tempatan naik ke sini
Spiderman memanjat batu

Puncak yang kami daki ini hanya salah satu dari puncak Seoraksan, dan ini adalah puncak terendahnya. Sementara itu puncak tertingginya adalah 1708meter, dan memerlukan lebih kurang dua belas jam hiking untuk dapat mencapai puncak tersebut. Insyallah mana tahu 1 hari nanti terbuka pintu hati untuk datang kembali menawan Mt Sorak.

Pengalaman musafir yang sangat berharga. Terima kasih sudi membaca coretan acik lin 🙂 Jumpa lagi!