PUNCAK WANG GUNUNG

Ketinggian : 499M

Tarikh : 23/02/2019

Selepas menawan Mok Cun, keesokan harinya kami meneruskan misi mendaki Puncak Wang Gunung.

Acik share dulu pengenalan mengenai sejarah Puncak Wang Gunung.

Pintu utama Puncak Wang Gunung

Berkumpul sebelum mulakan pendakian. Cuaca elok, alhamdulilah.

Perjalanan lebih kurang 4km pergi dan balik. Lebih kurang 2-2.30 jam untuk sampai ke puncak. Bermula dengan trek tanah merah yang awal-awal lagi dah mencanak naik, kemudian melalui kawasan batuan yang perlu tenaga untuk memanjat.
 
Ada bahagian perlu gunakan tali. Mujurlah guide dan rakan hiking kami sangat prihatin. Mereka mengawasi kami dan beritahu step sebelum memijak mana-mana bahagian batu agar tidak tergelincir.
 
Acik lin belanja gambar khazanah alam di sini 
Batuan di sini kebanyakan agak tajam dan runcing. Bayangkan batuan tu meruncing dan menghadap ke langit. Memang nyeri bila ingat.
Sepanjang pendakian banyakkan berzikir. Paling  tragis seluar pun boleh koyak penangan batu-batu tajam. Mujurlah acik jenis pakai skirt di bahagian luar. Kalau datang sini, bawa jelah seluar tambahan. Malang tak berbau kan. Ada kawan cerita, dia terpaksa cover-cover dengan beg kerana seluar koyak di bahagian belakang sewaktu menyusur batuan.
Oh ya, trek sebegini elakkan bawa anak-anak kecil. Waktu acik naik ni ada budak anggaran umur 6-8 tahun di bawa oleh ibunya. Wajah agak pucat mungkin kepenatan dan takut. Si ibu pun nampak penat. Mendaki ni kita kena kawal emosi dan pertimbangkan banyak faktor. Walaupun acik mendaki dengan anak-anak, acik akan kaji trek dan bawa mereka mendaki di tempat yang santai atau moderate saja. Jangan kerana hobi kita merisikokan anak-anak.
Di sesetengah tempat, tiada ruang untuk berpijak di tanah, terpaksa meniti di atas batu2 tajam ini. Silap gaya, bukan seluar atau baju je, kasut pun boleh koyak. Trek pendakian ini dikatakan menyusur keluar-masuk-keluar-masuk sempadan Malaysia-Thailand. Ada beberapa batu sempadan di sepanjang trek.
Sampai di puncak, kami mengambil peluang bergambar. Tapi kesesakan pula kat atas tu.  Nak bergambar pun susah haha. Pandai-pandai la adjust, minta tolong pendaki yang tak kenal sebab masing-masing dah hilang cari port bergambar.
Ni puncak paling atas. Banyak bunga-bunga cantik kat bahagian ni. Dari atas ni boleh nampak pemandangan Perlis dan Thailand.
Ni antara port bergambar yang cantik. Happy dapat sampai ke sini. Alhamdulilah.

Puncak Wang Gunung, pendakian mencabar dan mendebarkan. Penat hilang sebaik sampai ke puncak! Nikmat mana yang kau dustakan. Terima kasih sudi baca coretan kisah pendakian acik ke sini. Jumpa lagi insyallah. Jangan lupa masukkan Puncak Wang Gunung dalam wishlist pendakian kalian 🙂 Berbaloi!