Nama Gunung : Mt Silipat

Ketinggian : 607M

Tarikh : 31/3-01/04/2018

Gunung Silipat terkenal dengan view hamparan kabus yang memutih atau awan karpet pada puncaknya. Berketinggian 607 meter, gunung ini sangat sesuai untuk pendaki baru. Perjalanan mengambil masa 50 minit dari Pintu Sempadan Thai – Malaysia (Pengkalan Hulu).
Gunung Silipat, gunung musafir pertama acik lin daki setelah berbelas tahun tak camping. Ternampak post awan karpet gebu-gebu di group HACAM, acik lin mula merisik beberapa GOGO yang menganjurkan trip ke sini.
Acik mendaftar dengan GOGO INSIGHT GREEN HIKERS. Berjaya racun adik untuk join sekali. Kemudian ajak rakan hiking bernama Lisa. Kemudian jumpa 3 lagi rakan carpool, Linda Zafril, Kak Laila dan Kak Nora. Alhamdulilah masih berhubung antara satu sama lain.
Pakej  Trip Mt Silipat, Betong, Thailand (2H1M) KOS : RM170
-Guide & Crew
-Tent for 2 Person
-Powil
-Dinner + Light Breakfast di peak
-Lunch pack
-Teh Tarik
Kami bertolak dari Kuala Lumpur selepas subuh. Tiba di Betong Sabtu petang. Sebelum masuk sempadan, kami singgah makan tengahari di Pengkalan Hulu. Perut pun dah berkeroncong.

Kesian juga kat driver baju kelabu tu. Drive sorang dari Kuala Lumpur. Kereta MPV tak berani nak bawa huhu
 
Berhenti di sempadan untuk selesaikan kemasukan kami ke negara Thailand. Chop Passport dan declare geran kereta (kami pergi 1 kereta, owner kereta, sis Linda Zafril bawak geran dan declare)
Isi borang masuk sempadan
Lega dah masuk Thailand
Selesai urusan kemasukan kami meneruskan perjalanan ke Gunung Silipat. Menikmati pemandangan kampung, melalui kebun getah dan sesekali melalui jalan yang berpusing-pusing. Sebaik sampai kami berkumpul di kedai makan yang terletak di tepi sungai. Selepas makan, kami di beri keizinan untuk mandi dan solat di ruangan atas kedai (pondok kayu).
Lepak makan
Waktu ni kami tunggu driver. Tunggu punya tunggu dah nak gelap haha
Masih sabar menanti walaupun dah mula termenung haha
Powil mana powil mana haha
Steadyyyy

Kami antara orang akhir yang naik ke atas. Perjalanan naik dalam 5km. Allahu, nak tercabut jantung. Tepi gaung. Powil pulak cap ayam haha. Bayangkan pintu terbuka. Ada yang menyandar sebelum tu. Mujur tak jatuh. Driver berhenti, dia selit kayu je kat bahagian kunci tu. Memang tawakal sungguh. Rata-rata sahabat hiking yang datang ke Silipat akan cerita kisah yang sama. Sebelum naik tu banyakkan berzikir ye kawan-kawan. Berpantang maut sebelum ajal kan.

Ada bahagian powil tak boleh naik, jadi kena hiking nak ke base camp. Dalam 30-40 minit gitulah. Ikut pace masing-masing.
Semut beratur horaaa horayyy
Sebaik sampai atas, pihak penganjur sediakan khemah. Sahabat penganjur, nama Que ajak kami bergambar di kawasan sebelum puncak. Apa lagi. Laju la kami.
Pegang bulan katanya

Malam tu hujan. Sejuk sungguh. Acik lena tak sedar apa dah. Ada dengar orang nampak hantu Thai itu ini. Acik tak jumpa hatta dalam mimpi. Mintak di jauhkan. Sis tak kuat haha. Hujan-hujan ni mungkinkah ada rezeki awan karpet? Insyallah, insyallah. Hati berbisik

Makan-makan. Nasi bungkus. Dalam hutan semua pun sedap

Selepas subuh, kami mulakan pendakian ke puncak. Tak jauh pun dalam 15-20minit. Kawasan agak berbatu. Itulah cabaran nak ke puncak. Ikutkan trek Silipat ni kira mudah saja, tapi panoramanya lumayan.

Kena naik kawasan berbatu dalam gambar tu
Belum naik dah pewai haha
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Awan karpet kepuk-kepuk. Alhamdulilah. Tq Allah atas rezeki musafir kali ini.
Adik & kakak
Matahari dah mula terbit menyinari alam
Berkepol-kepol awan kat belakang
Lautan awan

Kami pun menikmati pemandangan indah ni. Tak berkelip. Cantik amat! Masing-masing tidak lepaskan peluang merakam memori indah di puncak.

Team Insight Green Hikers

Geng carpool & Que
Alhamdulilah misi selesai. Matahari mula menegak. Kami kemudian turun. Rasa berbaloi datang jauh-jauh dapat lihat awan karpet depan mata. Mujur tak boleh bawa balik ikat tepi :p
Sebaik sampai khemah kami makan dan berkemas.
Budak rambut panjang tu makan sungguh-sungguh. Tak pandang belakang hihi
Ada yang offer ambil gambar. Katanya dia pandai cari angle haha. TQ uncle
Sebelum bertolak balik, bergambar di pintu masuk ke Gunung Silipat. Kenangan

Selesai semua, kami bergerak ke bandar Betong. Beli pulut ayam, sourvenior dan bergambar di Peti pos lama yang dibina pada tahun 1924 (2467). Peti Pos setinggi 3 meter dan berukur lilit 1.5 meter. Dengan usianya lebih dari 90 tahun  ia masih berfungsi dan digunakan sehingga kini.

Geng carpool
Banyak lukisan dinding di sini. Kreatif

Itu sajalah kisah perjalanan kami ke Mt Pulag. Seronok, pengalaman baru. Datang jangan tak datang. Insyallah berbaloi. Ketemu atau tidak awan karpet atas rezeki masing-masing. Apapun setiap moment itulah yang lebih berharga untuk di kenang 🙂