Nama Gunung : Mt Pulag, Philippines

Ketinggian : 2922M

Tarikh : 25-28 Jan 2020

…..sambungan dari entry pertama https://lindamasehat.com/2021/05/hiking-mt-pulag-philippines-part-1/

Day 3/Day 4

Selepas merehatkan badan, kami bangun dan membuat persiapan untuk misi mendaki. Sekitar 2am kami diberi taklimat dan selepas warm up kami memulakan pendakian. Ketika itu cuaca berangin tetapi tidak terlalu sejuk. Selepas 30minit perjalanan baru terasa panas, rasa nak bukak jaket je haha. Laluan ketika itu dah mula menaik sekitar 60 darjah saja. Tidak berapa mencanak. Hampir sejam kami tiba di check point pertama. Cuaca ketika itu dah mula sejuk.

Bergambar selepas mendengar taklimat

Kami meneruskan perjalanan. Trek agak panjang dan mendatar . Lebih kurang sejam setengah kami tiba di check point kedua. Trek selepas itu agak jelas, melalui jalan berbatu dan kawasan Savana. Waktu ni gelap belum jelas warna dan bentuknya.

5.30 am kami berhenti untuk solat subuh. Ketika mengambil wudhu, terasa amat sejuk. Mengigil-gigil menahan kesejukan. Suhu ketika itu sekitar 5 darjah celsius. Pendakian ni bermula dari aras 2400M jadi kami hanya perlu naik sekitar 522M sahaja. Cabaran utama pendakian ini adalah faktor cuaca. Alhamdulilah, cuaca ketika itu sejuk berangin tetapi tidak hujan.

Layan sunrise. Waktu ni cuaca sangat sejuk!

Kami tiba di puncak sekitar jam 8am. Allahuakbar, sujud syukur dengan rezeki yang terhidang. Matahari terbit memancarkan cahaya. Terbit di celahan awan yang bergulung-gulung. Subhanallah. Pemandangan indah, pertama kali melihatnya. Awan berkepuk-kepuk 360 darjah.

Cahaya matahari memancar. Rumput-rumput kelihatan keemasan

Acik belanja gambar ye. Ada bahagian rumput savana berwarna kehijauan, hijau muda, hijau tua, coklat dan ada yang seakan putih. Itulah antara keindahan tempat ini. Teruja melihat tone warna bukit yang pelbagai. Subhanallah.

Kibarkan bendera negara tercinta
Bendera anak-anak acik

Gambar ehsan dari ahli trip
Gunung kelihatan putih

Coklat keemasan
Gambar ehsan dari ahli trip
View memukau
Bergambar di signboard Mt Pulag
Tq abah Fairoz bagi mama permit sampai ke sini
Bergambar bersama Team

Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki baik ini. Cuaca yang elok dan pemandangan seluas saujana mata memandang. Sebak, terharu semua rasa berkumpul. Inilah antara sebab acik sangat suka meneroka isi alam ciptaan Nya. Terasa kerdil diri. Moga terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus mendaki.

Jam 9.00 am kami turun ke bawah. Ketika turun kami menyaksikan lebih banyak pemandangan yang cantik. Tak terakam dengan lensa kamera. Acik share gambar untuk tatapan pembaca

Kepingan ais di celahan pokok
Gambar dikongsikan ahli trip
Kepingan ais di tanah. Hari sebelum pendakian tu hujan. Ada bahagian tanah yang lembab
Suka view ni

Kemudian melalui kawasan Mossy. Cantik dan unik!

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami ditemani guide yang sporting. Al-maklum banyak berhenti ambil gambar haha.

Guide yang setia melayan karenah kami. Ada seorang lagi perempuan, Lupa pula nak ajak bergambar

Kami meneruskan pendakian turun. Selepas melalui Hutan Mossy, kami melalui lereng-lereng bukit berlatarbelakang hutan pokok pine. Kami juga melalui kawasan kebun. Ketika ini ada penduduk yang tawarkan khidmat turun dengan  motorsikal. Bayar 100 Piso (lebih kurang RM9 duit Malaysia) dan mereka akan bawa turun. Tak jauh pun sekitar 10-15minit jika berjalan kaki. Secara kasar pendakian naik mengambil masa lebih kurang 4 jam dan pendakian turun sekitar 3 jam setengah (pace santai).

Jam 2.00 pm kami check out dari homestay. Kami turun dari base camp dengan van dan laluan agak berpusing-pusing menuruni gunung. Kemudian ambil sijil di Pejabat Ranger (malangnya di Airport sijil nama acik tak ada haha) Tapi tak apa lah. Pengalaman tu lebih berharga dari sekeping sijil (nak sedapkan hati)

Perjalanan turun agak mencabar. Laluan curam, sempit dan selekoh tajam. Ada yang mula pening, loya dan nak muntah :p Alhamdulilah hampir 3 jam di laluan mencabar kami sampai ke Bandar Baguio. Ada deretan kedai tepi jalan. Kami diberi masa untuk membeli buah tangan di sini. Acik beli beberapa cenderahati antaranya key chain dan purse isi syiling.

Berhenti beli buah tangan. Ketika ni matahari terbenam. View cantik,

Sewaktu perjalanan ni, hati terdetik. Walaupun negara ni dilanda pelbagai musibah alam, tetapi ada sisi lain yang pencipta berikan. Sepanjang perjalanan kiri dan kanan, awan berkepul-kepul. Cantik amat! Luar biasa. Alam semulajadi yang pelbagai dan tanaman yang subur dan sesuai bercucuk tanam. Allah itu maha adil,  hati berbisik lagi.

Sepanjang perjalanan turun ni, kami berhenti rehat di 2 perhentian.

Jam 12.30 am kami sampai Manila Airport.

  • 4.00am check in kaunter beg & imigresen
  • 6.00am Boarding time
  • 6.40 am naik flight
  • 10.13 am Safely landed. Alhamdulilah

Banyak moment sepanjang misi Mt Pulag ni. Terima kasih rakan sependakian dan GOGO trip yang melancarkan urusan sepanjang di Philippines. Setiap kali pulang dari musafir, hati dijentik rasa syukur. Syukur di lahirkan sebagai anak Malaysia. Jauh berbeza negara yang acik lawati ni dengan negara tumpah darahku. Pergilah ke mana pun, takkan sama dengan negara tercinta. Moga ada rezeki bermusafir lagi. Doakan pandemik Covid berakhir. Moga dunia kembali ‘sihat’…Aamiin ya rabb.