Nama Gunung : Mt Pulag, Philippines

Ketinggian : 2922M

Tarikh : 25-28 Jan 2020

Mt Pulag  adalah salah satu gunung luar negara dalam wishlist acik lin. Terpaku melihat gambar yang dikongsikan rakan fb. Hati berbisik, insyallah satu hari nanti, ada rezeki akan ku tawan Mt Pulag 🙂

Acik risik nama GOGO yang menganjurkan trip. GOGO AJ Eagle Outdoor, yang dikendalikan oleh Puan Raihan Yusoff dan suaminya Jebat. Kami membuat tempahan awal. Tak sangka pula selepas itu pandemik covid melanda penghujung 2019. Trip kami pada raya cina iaitu 25-28 Januari 2020.

Acik lin pun berbelah bahagi ketika itu. Ada pula berita letusan Gunung Berapi Taal di Filipina bermula pada 12 hingga 19 Januari 2020. Mohon doa, jika baik dipermudahkan jika sebaliknya acik redha. Ini bukan trip pertama yang tertunda. Trip seperti ini, kita sedia maklum dengan sebarang kemungkinan. Ada rezeki pergilah kita. Jika tak ada pasti ada hikmah bila sentiasa bersangka baik.

Pengenalan mengenai Gunung Pulag. Ia terletak di daerah Baguio, utara Pulau Luzon, Filipina. Gunung Pulag yang terkenal dengan gelaran ‘Mount with Sea of Clouds’ ini merupakan puncak tertinggi di Luzon yang mempunyai ketinggian 2922m. Sepanjang pendakian kita akan merentasi pokok pine, hutan lumut dan juga bukit padang rumput yang terbentang luas.

Day 1

Kami bertolak dari KLIA dengan penerbangan AK582 KUL-MNL. Jam 8.20am-11.50am. Hampir 4 jam perjalanan. Masing-masing dengan mask di muka. Dalam berani tu ada juga risau. Waktu ni kes belum naik mendadak lagi.

Matawang Philipines, Peso

KLIA. Kami sampai awal dan kemudiannya lepak di surau.
Besar beg. Semua pun nak bawa

Setiba di Manila, kami lunch di Restoran Samurai Halal. Agak sukar dapat makanan halal di sini. Jadi kami tidak boleh terlalu memilih. Apa yang penting status halal. Lain tu kita usahakan asal masuk perut haha.

Selamat sampai di Manila
Rasa? bolehlah….dah lapar semua pun boleh
Menu. Agak-agak je mana yang sedap
Kak Amna dan Ummi

Dari pemerhatian acik, bangunan tinggi di Manila ni tak banyak. Perumahan pun tidak tersusun. Memang jauh berbeza dengan negara yang tercinta. Apapun bersyukurlah dilahirkan di negara yang aman dan damai, kaya dengan hasil bumi. Tidak ada gempa bumi dan letusan gunung berapi. Allahuakbar.

Kami lepak di Airport dan solat di sana. Jam 5.20pm waktu sana kami bergerak ke Bagio.

7.00-8.30 pm berhenti makan dan solat jamak.

11.30 pm Berhenti rehat di Leeza’s Restaurant, Sison, Pangasinan.

Wajib bergambar
Ikan masin kot haha
Pelbagai sayuran segar
cili depaaa

Setengah jam di sana sekitar 12.00 pm kami meneruskan perjalanan. Sempat beli kad sim di sini. Lebih murah berbanding beli di Airport.

Day 2

Kami berhenti gambar di sini. Acik pun masih mamai. Jadi sekadar turun bergambar kenangan sajalah.

Jangan tanya nama tempat. Acik tak ingat haha. Seram juga tengok kepala singa tengah malam :p

Jam 4.00 am kami berhenti solat subuh dan sarapan pagi di Nomol T’S Eatery Bangao Ambuklao Bokod (tu dia namaaaaa haha) Kami hanya tumpang minum dan makan bekal yang dibawa.

Bersama sahabat hiking Kak Amna, Kak Atie dan Ash
Roti Gardenia & Serunding. Bila makan waktu begini, automatik bertambah sedap
Taraaa…bergerak ke Footbridge, Bokod Benguet

Jam 6-7am kami ke Footbridge. Jambatan gantung. Di bawahnya ada sungai. Acik belanja gambar ye 🙂

Tak boleh naik ramai-ramai. Ikut turn

Unik pula kenderaan depa kan. Acik ajak bergambar. Mujur dia sporting haha
Canggih naaa…kreatif, Asal boleh jalan
macam mana nak gerak acik? tu ada motor kat bahagian tepi….anak ni duk hidupkan enjin, acik lin sibuk nak bergambar haha

Jam 7.00 – 8.00 am kami bergerak ke Dalcan Sulfur Spring. Subhanallah, unik tempat ni. Kami tidak lepaskan peluang bergambar di sini. Pokok yang menghijau dan cuaca yang nyaman. Cuma sesekali bau dari sulfur tu agak menusuk hidung.

Kami diberi tempoh sejam untuk meninjau kawasan ni. Alhamdulilah. Pengalaman baru! Acik suka.

Jam 8.00 am  kami bergerak ke Mt Pulag Starting Point. 

Mt Pulag check point
Bergambar di Ranger Station
Sempat rembat buah tangan sebelum dengar taklimat
Dengar taklimat sebelum pendakian

Kami akan melalui Ambang Trail. Bermula dari ketinggian 2400M dan trail yang mudah berbanding trail lain. Dari info, ianya 13M lebih tinggi dari Mt Mindanao. Jam 11.20 am kami tiba di Homestay.

Nak check in tak lepas haha

Waktu check in jam 1.00 pm.  Kami tak nak mereput di situ. Maka Acik dan kak Amna bersiar-siar di sekitar kawasan homestay.

Berkabus. Cuaca pun sejuk. Menusuk ke tulang
Teringin nak naik, driver tak ada pulak
Menegur anak-anak yang sedang bermain pasir. Pandai speaking london
Waktu ni rasa ralat sikit sebab tak bawa gula-gula huhu
Kesian pula bila dia tadah tangan. Acik lin tak terfikir nak bawa apa-apa. Next trip acik lin standby gula-gula insyallah
Dunia mereka. Bebas!
Melihat kawasan kebun. Tanaman menghijau
Potong kubis ye kak hehe
Tumpang bergambar haha. Unik pondok ni!

Semuanya segar! Rasa nak bawa balik untuk Fatihah. Dia suka ratah carrot :p

Kami kemudiannya pulang dan dapat check in sekitar jam 2.30 pm. Mandi dan makan. Kemudian sambung pusing kampung. Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak manfaatkan masa yang ada. Bukan selalu berpeluang tengok tempat orang kan?

Acik dan Kak Amna
Tak dak kerja sungguh la hihi
Terserempak dengan kenalan dari team kami. Candid picture.
View yang sangat dirindui….

Kami keluar sekitar jam 6.00 pm dan pulang ke homestay sekitar 7.oo pm. Dinner dan kemudian merehatkan badan untuk misi Mt Pulag……Cabaran bermula….

bersambung…..

Jemput klik link ni untuk cerita lanjut kembara Mt Pulag  https://lindamasehat.com/2021/05/hiking-mt-pulag-philippines-part-2/