Nama Gunung:
Mt Prau
Ketinggian : 2565M
Tarikh : 08/11-11/11/2019
Selepas menawan Gunung Andong, pada 10/11/2019 kami bergerak ke kaki bukit Gunung Prau.
Gunung Prau terletak di kawasan dataran tinggi Dieng, Kabupaten Wonosobo, Desa Patakbanteng dengan ketinggian 2.565 Mpdl. Dengan jalur pendakian yang relatif mudah dan cukup jelas bagi para pendaki serta view yang istimewa menjadikan Gunung Prau menjadi gunung favourite bagi para pendaki.
Kami memulakan pendakian sekitar jam 3.00 am dan berhenti menunaikan solat subuh di pertengahan jalan. Cuaca agak sejuk dan trek agak menaik dan sesekali berakar.
Untuk mendaki Puncak Gunung Prau, pendaki memerlukan sekitar 3-4 jam trekking. Ada 2 jalur pendakian yang menjadi pilihan para pendaki iaitu melalui jalur Dieng ataupun Patak Banteng.
Jalur pendakian Via Dieng cenderung lebih santai dan tidak berbahaya jika dibandingkan dengan jalur Patak Banteng.
Kami melalui jalur Dieng yang lebih santai. Di bahagian kaki gunung ada gerai menjual souvenir. Kami sempat beli topi yang tertulis Dieng dan beberapa aksesori hiking sebagai kenangan.
Perjalanan melalui kawasan rumah penduduk kampung. Ada bahagian bertangga dan kemudiannya laluan mula menaik. Pit stop warung makanan. Apa lagi, makan tempe goreng lagilah 😁. Buah tembikai pun ada!


Waktu naik keadaan gelap. Tidak banyak yang dapat diperhatikan melainkan lampu-lampu dari head lamp pendaki. Sesekali menoleh ke kiri dan kanan. Boleh nampak cahaya lampu dari kawasan bandar Dieng.
Setelah hampir dengan puncak, acik sudah mula keletihan. Tangga makin banyak. Ada suara menyapa. Pendaki penduduk tempatan menghulurkan tongkat. Katanya pegang hujung dia tarik ke atas 😂 Aduh! Baiknya. Mulanya acik menolak, dia bersungguh menghulur maka acik sambut jugalah. Alhamdulilah, laju juga naik ke atas haha Terima kasih hamba Allah yang tidak dikenali 😄



Subhanallah. Indah sungguh. Kami menempuh deretan khemah. Sesak dengan manusia. Tidak pula rasa janggal atau tidak selesa. Malah besyukur kerana ramai datang menghayati keindahan ciptaan yang esa.


1 tahap terpaksa sembunyikan bendera. Pantang nampak mereka ajak bergambar haha. Merasa la jadi artis sekejap 😂

Okay belanja gambar di puncak 😁










Hiking buddy


Alhamdulilah. Selepas menikmati pemandangan dan bergambar, kami mula turun. Cuaca cerah, barulah kami mula nampak trek dengan lebih jelas.







Alhamdulilah. Memori manis di Mt Prau. Cuaca elok. Selamat turun dan naik. Jangan lupa masukkan Prau dalam wishlist anda. Pendakian santai, view superb! ❤️
