Nama Gunung:
MT DRAGON CREST/KHAO NGON NAK
Ketinggian : 565M
Tarikh : 31/8 – 2/9/2019
Kira-kira 30 kilometer ke utara Bandar Krabi adalah tempat yang dinamakan Nong Thale, di sinilah anda memulakan perjalanan ke puncak, dan jejak itu sendiri panjangnya kira-kira empat kilometer dan memerlukan masa sekitar dua setengah jam untuk sampai ke puncak. Khao Ngon Nak diterjemahkan sebagai Dragon Crest Mountain dan terasa seperti pengembaraan yang sebenar ketika anda perlahan-lahan menuju ke atas. Semasa mendaki, anda akan menemui sungai, air terjun dan beberapa sudut pandang. Yang terbaik bagaimanapun disimpan untuk bahagian atas di mana anda akan melihat panorama di sekitar anda dari ketinggian 565 meter dari permukaan laut.
Impian untuk sampai ke Dragon Crest Mountain/Khao Ngon Nak akhirnya tercapai. Trip ni acik lin join tahun 2019. Ketika tu kami sambut MERDEKA di atas puncak.
Dragon Crest Mt. & Emerald Pool, Krabi
Trip Cost RM380 *Include
- Transportation (Van)
- 1 night at campsite
- 1 night Bida Daree Resort
- Hiking Guide
- Emerald Pool fee
- Krabi tour
- Thailand Insurance
Itinerary
*Day 1*
- 8am : pick up from Bukit Kayu Hitam
- 9am : journey to Krabi
- 4pm : krabi tour & night market
- 8pm : rest at campsite
*Day 2*
- 4am : start hiking
- 6.30am : sunrise
- 8.30am : back to campsite
- 11am : packing & lunch
- 1pm : check in resort
- 3pm : krabi tour
- 9pm : rest
*Day 3*
- 7am : breakfast
- 8am : check out & journey to Emerald Pool
- 12pm : lunch & journey to Bukit Kayu Hitam
- 6pm : arrive Bukit Kayu Hitam
Kami berkumpul di TBS dan check in di kaunter. Waktu ni semangat sungguh.




Tiket Bas dari Terminal Sepadu Selatan ke Hatyai. Harga tiket RM120 pergi balik. Acik nak ingatkan bagi yang buat belian secara online perlu print out booking confirmation atau simpan no booking atau malas sangat tunjuk je email di kaunter untuk pengambilan pass tiket. Kami bertolak sekitar jam 11pm dan sampai Bukit Kayu Hitam sekitar jam 6 pagi.

Sebelum masuk ke imigresen, bas berhenti di sini. Jadi kalau nak mandi, makan, beli kudapan, insurans atau pun pertukaran duit ada disediakan.
Pakcik bas minta passport untuk pengisian slip masuk imigresen Thailand.
Waktu ni bas akan berhenti dan semua penumpang akan turun untuk cop passport keluar dari Malaysia . Lama juga tunggu dalam bas. Kemudian kami diarahkan turun. Mujur waktu di kaunter ni orang tak ramai sangat , semuanya berjalan dengan lancar .
Sekarang masuk ke imigresen Thailand pula, sini memang ramai. Kebetulan kami pergi tu Public Holiday. Ramai la rakyat Malaysia yang masuk sempadan. Masak juga la kena beratur haha. Alhamdulillah, akhirnya selamat masuk Thailand.



Selepas urusan selesai, mula berkumpul di kedai makan dan beli kad sim Thailand.




Di Thailand ni, salah satu yang unik adalah kabel eletrik mereka, berselerak! macam mana lah technician boleh tahu kabel mana satu haha. Kita yang tengok ni pun pening :p
Okay seterusnya dari Danok kami naik van menuju Krabi. Masyallah van cantik. Ala VVIP siap berlampu. Nak karaoke pun boleh. Perjalanan panjang. Ada hiburan tu hilang la sikit penat.
Kami bergerak dengan 2 biji van. Perjalanan sangat menyeronokkan. Melalui kawasan bandar dan kampung. Ada kala letih, pejam mata, terlena. Bangun, cuci mata semula. Begitulah sampai kami sampai ke Trang Andaman Gateway untuk lihat replika gajah.







Acik nak pesan. Jika boleh, janganlah support business naik gajah. Binatang dipaksa dengan kekerasan agar patuh arahan. Habitat mereka di hutan. Bukan di pergunakan untuk keseronokan dan kepentingan manusia. Tepuk dada, tanya iman.

Selesai pusing-pusing kawasan ni, kami meneruskan perjalanan ke Campsite. Perjalanan jauh juga acik tak ingat dah berapa jam. Kami jalan-jalan sekitar town dan pergi Krabi night market untuk beli makanan dan cenderahati. Shopping time, sambil tengok culture masyarakat Thailand.


Di area Masjid Ao Nang ni ramai peniaga muslim. Barangan mereka pun lebih murah. Jom support business mereka.
Selepas jalan-jalan di Krabi dan Ao Nang, kami bergerak ke Campsite National Park Khao Ngon Nak terletak kira kira 20 km dari Ao nang, kawasan pedalaman dan sangat sunyi. Mempunyai kawasan camping yang sangat luas, kemudahan tandas dan sungai-sungai yang boleh kita mandi.



Ikut tentatif, kami akan naik sekitar jam 4.30 am. Hujan masih belum berhenti, jadi kami tunggu hingga hujan reda dulu.




Alhamdulilah. Akhirnya hujan reda. Renyai-renyai. Kami bersedia mulakan pendakian
Pada permulaan pendakian, santai je. Melalui tanah merah dan denai. Cuaca sejuk tapi masih terkawal. Seronok juga hiking cuaca macam ni. Tak berpeluh.


Sepanjang pendakian, pertama kali naik tangga kayu begini. Unik! kebanyakan pendaki lain dah laju ke atas. Acik steady pace siput la katakan haha. Tak apa, pelan-pelan kayuh. Takkan lari gunung di kejar. Kita nikmati dan hayati alam sebaiknya. Selfie 1 kali! haha
Acik teruskan pendakian hinggalah sampai kawasan batu besar ni. Berkumpul di sini sebelum sambung perjalanan naik.
Acik belanja gambar khazanah alam di sini 🙂


Air bertakung. Di sini dah mula sejuk. Terdapat lumut di laluan.
Bila nampak batu ala kepala Naga ni maknanya dah tak jauh dari puncak.




Yeay! Alhamdulilah akhirnya sampai ke puncak. Cuaca agak berkabus.
Ada yang buka dapur haram haha. Cuaca sejuk. Lapar jadinya. Tapi oleh kerana penat, acik tak daya nak jamah makanan kat puncak



Sabar menanti open view untuk kibarkan bendera gemilang. Bismillah,



Subhanallah. Indah. Alhamdulilah, termakbul niat menawan puncak Mt Dragon Crest. Cuaca pun agak baik.

Tq guys!Tq ONE LOVE OUTDOORIANZ anjurkan trip ala backpackers style ni. Serius enjoy habis! TQ buat Apek selaku organiser, Pak Kim (dari Perlis) dan Sofi kerana guide kami sepanjang di sini.

Dapat tak aura tempat ni dari gambar-gambar acik belanja? Berbaloi datang jauh-jauh. Pendakian mengambil masa 2-3 jam bergantung pada pace masing-masing. Pendakian yang singkat tapi view sangat memukau!
Jangan lupa masukkan Mt Crest Mountain dalam senarai pendakian kalian.
Kami kemudian turun dan meneruskan aktiviti seperti dalam tentatif. Tempat seterusnya,
EMERALD POOL
Klik je link ni untuk kisah kembara kami ke Emerald pool >>> https://lindamasehat.com/2021/05/emerald-pool-krabi-thailand/

EMERALD POOL, KRABI, THAILAND – Linda Masehat @Acik Lin
[…] Sambungan dari kisah pendakian Mt Crest Mountain >>> https://lindamasehat.com/2021/05/hiking-mt-dragon-crest-khao-ngon-nak-krabi-thailand/ […]