Nama Gunung :

Mt Andong

Ketinggian : 1726M

Tarikh : 08/11-11/11/2019

Seperti biasa, jika nampak post berkaitan awan gebu-gebu, acik memang teruja! Dari 2018 lagi mengidam nak naik Mt Andong & Prau. Mendaftar dengan GOGO AJ Eagle Outdoor yang dikendalikan oleh Puan Raihan dan suaminya Jebat.

Acik dan rakan-rakan hiking sepakat nak pergi sekali. Kak ita, Kak Amnah, Kak Ulik, Kak Maziah, Hani, Sinar, Kak Fiza dan beberapa kenalan baru.

Berikut itinerary sepanjang kami di sana:

Andong + Prau
Itinerary
Day 1
0630 – KUL – Airport Semarang – base camp – rehat

Day 2
0500 – wake up & prepare
0600 – tracking hunting sunrise andong mountain
0900 – turun gunung – check point
1200 – packing & persiapan menuju basecamp
1300 – perjalanan check point – basecamp
1600 – bersihkan diri & shopping ole2 (marchindhes)
1700 – perjalanan andong ke basecamp dieng
2100 – rehat di basecamp & persiapan track mt prau

Day 3
0300 – trekking, hunting sunrise & menikmati awan kapas gunung prau
0900 – perjalanan turun ke basecamp
1100 – makan & rehat
1300 – hunting pict wisata dieng (tasek warna, petak 9 hill, kawah sikidang, area candi arjuna)
1600 – packing persiapan ke malioboro street yogyakarta
1700 – perjalanan dieng – Yogyakarta
2100 – dinner & pusing malioboro street

Day 4
1200 – bergerak ke airport semarang
0500 – sampai airport semarang
0900 – fly to KUL

KLIA2

Kami sampai Airport Semarang lebih kurang jam 8.30 am. Kemudian berkumpul dan bergerak ke homestay.

Selamat mendarat Airport Semarang
Bergerak ke homestay

Dalam perjalanan kami singgah makan di Restoran Ayam Penyet Surabaya. Ketika itu sekitar jam 11.30 am waktu tempatan.

Sumpah sedap! 😂

Sekitar jam 6.00 pm kami sampai  kawasan homestay yang terletak di Kopeng, Jawa Tengah.

Menuju ke homestay
1 bilik Homestay ni muat 2-3orang. Alhamdulilah. Selesa
Masing-masing mula check in

Kami kemudiannya bersiar-siar sekitar kampung. Ada pasar yang menjual buah-buahan dan sayuran segar! 😄

Segar kan 😁

Buat kerepek sedap ni 🤭

Pulang ke homestay, kami mandi dan bersiap untuk makan malam. Tak banyak pilihan kedai, maka pilih sajalah mana kedai yang ada. Lagipun cuaca dah mendung. Hujan renyai.

Acik tengok menu, terasa nak cuba mee rebus. Dah terbayang keenakan mee rebus panas dengan cuaca yang sejuk ni. Fuhhhh! Bila mee sampai terkebil-kebil ku memandang. Rupanya mee rebus tu mee segera perisa ayam 😭.

Akhirnya sebelum balik acik tapaw nasi goreng. Alhamdulilah sedap. Mujurlah, kalau tak kelaparan la malam tu 😅

Mee rebus = Mee Segera perisa ayam 😅
Muka pasrah dapat ‘mee rebus’ haha
Kedai ni kecik je. Penuh dengan team kami

Kami kemudiannya pulang dan berehat. Jam 2 pagi bersiap menuju ke kaki gunung Mt Andong. Hati berdegup. Tak sabar mahu ketemu Andong! ❤️

Berkumpul. Bacaan doa sebelum naik
Mendaftar masuk

Terdapat enam basecamp sebagai titik mula pendakian Gunung Andong:

Dusun Sawit, Dusun Pendem, Dusun Gugik, dan Dusun Temu di Kecamatan Ngablak, Kabupaten Magelang.

Serta dua lainnya di Dusun Kudusan dan Dusun Sekararum Kembangan, Kecamatan Grabag, Kabupaten Magelang.

Namun, dari enam basecamp tersebut, basecamp Taruna Jaya Giri via Dusun Sawit lebih popular. Laluan itulah yang kami tempuh 😁

Kami kemudiannya memulakan pendakian. Pada mulanya cuaca sejuk. Dalam setengah jam dah mula rasa panas. Kemudian buka jaket dan meredah keheningan pagi yang gelap.

Ramai pendaki naik dari pelbagai negara. Ada kala kami di sapa pendaki Indonesia. Bila beritahu kami dari Malaysia spontan mereka menyebut oh Upin dan Ipin haha. Famous U&I kat sana 🤭

Pendakianm ini akan melewati 2 pos iaitu Pos 1 Watu Pocong dan keduanya Pos 2 Watu Gambir, seterusnya hutan Pinus.

Pos 1 Wata Pocong. Gambar diambil ketika turun dari Andong
Pos 2 Watu Gambir

Bergambar hilangkan pewai. Acik lin mohon maaf tak dapat detail kan waktu pendakian. Nota entah ke mana 😂 Trek permulaan melalui kawasan landai. Kemudian laluan bertangga dah hutan Pinus. Selepas hutan Pinus ni laluan mula menaik dan ada kawasan laluan berbatu. Kesukaran 4/10.

Setelah hampir 2 jam setengah meredah trek, kami sampai ke puncak. Cuaca mula dingin. Kami melepak dalam pondok/warung di puncak. Makan tempe dan minum air teh panas.

Menikmati tempe dan teh panas
Tempe mentah. Rasa nak bawa balik ja 😅
Sumpah sedap 😂
Bersama pendaki lain. Ada yang berlingkat tidur. Kami hanya menumpang teduh sementara menanti waktu subuh
Muka ceria dah sampai puncak

Hari semakin cerah. Kelihatan deretan khemah dan lautan manusia di atas puncak. Acik menunaikan solat subuh dan kemudiannya melayan view di puncak. Subhanallah. Sebak. Akhirnya impian untuk melihat awan kepuk-kepuk termakbul.

 

Menanti sunrise
Sunrise ❤️
Deretan khemah di puncak
Awan kepuk mula kelihatan
Alhamdulilah. Impian tercapai
Awan mewah
Indah….
Pemandangan Andong
Ramai pendaki di puncak

Di sebut Puncak Makam sebab di kawasan itu terdapat makam Kiai Abdul Faqih atau yang dikenal dengan Ki Joko Pekik, tokoh yang dihormati masyarakat setempat.

Bergambar di puncak bersama Team Pendakian

Mt Andong perjalanannya boleh dikatakan santai. Tambahan kami melalui trek yang agak mudah berbanding trek lain. Rezeki musafir, dihidangkan view yang indah.

Pemandangan 360 darjah. Di puncak, pendaki dapat melihat Gunung Merapi, Merbabu, Sindoro, Sumbing, Prau, Ungaran, Telomoyo, serta puncak Gunung Andong lainnya, hanya dengan memutar badan.

Termasuk deretan bukit yang membentang panorama Magelang serta daerah lain.

Kami kemudiannya turun. Cuaca cerah. Mula nampak keindahan hutan Pinus dan view bukit bukau yang menghijau. Indah!

Laluan bongkah batu. Dari sini jelas nampak penempatan di bawah
Melepak dengan rakan pendakian
Hutan Pinus
Respect sungguh. Angkut air dan makanan ke puncak
Bergambar di kaki gunung Andong
Alhamdulilah misi selesai

Jika belum ke sini, jangan lupa masukkan gunung Andong dalam senarai. Andong, aku rindu kamu!