GUNUNG LARI TEMBAKAU

Ketinggian : 1639M

Tarikh : 2019

Gunung lari tembakau antara gunung yang easy untuk di daki. Ianya terletak di atas Tanah Tinggi Genting dan lokasinya bersebelahan dengan sebuah stesen minyak. Awal pendakian anda akan melalui jalan raya yang berturap dan jika bernasib baik, anda boleh lepas naik ke atas, ada juga yang terpaksa pulang kerana tidak dibenarkan naik. Biasanya ada guard jaga berdekatan stesen janakuasa. Private Land dan jika naik dikira menceroboh. Jika mahu redah, segala risiko sepanjang pendakian atas diri sendiri. 

Starting point tidak jauh dari stesen minyak Petron Genting di sebelah kiri. Jalan terus sikit. Ada simpang kiri.  Sebelah kanan ada signboard parking kereta. Park kereta area situ. Nanti jalan kaki masuk simpang kiri tadi. Kawasan tu ada bangunan (rasanya kilang, acik lupa dah) dan lori keluar masuk. Ikut saja jalan bertar sampai ke janakuasa sebelah kanan. Kat belah kiri tu ada denai masuk ke hutan, naik ikut kontrit/simen.

Dari laluan kiri tu akan jumpa bangunan kilang
Stesen Janakuasa
Atas bukit ni ada laluan simen. Naik sampai atas

Pendakian naik hanya mengambil masa 10 minit. Tak sempat berpeluh dalam cuaca yang sedia dingin. Jika lambat sampai ke puncak pun kerana mata asyik melayan keindahan mossy yang biasa dijumpai di hutan hujan tropika berketinggian 1500M dari paras laut. Perjalanan yang mengambil masa 10 minit mungkin jadi panjang kerana anda akan berhenti untuk merakam memori bersama pohon mossy yang amat cantik.

Antara mossy unik di sini
Mossy yang mendamaikan hati

Signboard Gunung Lari Tembakau
Buka dapur di puncak

Kita pun tidak tahu sampai bila ia akan kekal di situ, niat untuk melihat keindanhan ciptaan yang Esa. Jaga adab di hutan, jangan buat bising dan jangan buang sampah merata. Itulah nilai sebagai pendaki yang perlu dijaga. Jumpa lagi di post yang lain. Terima kasih sudi singgah blog acik lin 🙂