Nama Bukit : Denai Puteri
Tarikh :
07/01/2018
Acik lin mula mendaki penghujung tahun 2017. Denai Puteri ni bukit ketiga acik lin daki bersama Dina, adik perempuan dan Sofiya, sahabat zaman berniaga.

Kami berkumpul sekitar jam 8.30pagi. Laluan masuk di Taman Eko Rimba Kota Damansara. Waze je tempat ni. Parking agak sesak. Sebaiknya datang awal pagi.
Hari kami mendaki tu, cuaca redup. Awal pendakian tu ala-ala jungle trekking. Laluan landai sahaja. Kami melalui laluan Temuan. Kemudian Sahabat Trail. Banyak cerita pendaki sesat di sini. Sebaiknya naik bersama rakan yang dah tahu trek di sini atau follow je pendaki lain. Biasanya hujung minggu ramai je yang naik.
Kami mendaki lebih kurang sejam setengah. Banyak berhenti, ambil nafas haha. Al maklum masing-masing masih newbie. Nak ke puncak tu ada laluan berakar dan bertangga. Jika hari minggu nak ke atas tu kena Q, turun pun Q. Sesak dah macam kat Mall haha tu belum nak bergambar, Q lagi !

Cik Pia pesan jangan duk lama kat situ kak, pokok besar gini biasa orang jadikan port buang air haha
Alhamdulilah. Kami bertiga sampai ke puncak dengan selamat. Layan view lebuhraya PLUS menghala ke Sungai Buloh dan ke Utara Malaysia. Layan bangunan pencakar langit. Okaylah kan dari mereput depan TV hihi

Baru sampai puncak. Muka merah padam! haha
Oh ya! Jika nak layan view highway boleh juga mendaki di Bukit Matt Rawang. View ByPass Rawang.
Boleh klik entry ni >>https://lindamasehat.com/2021/04/hiking-bukit-matt-rawang-selangor/
Jumpa lagi! 🙂
