BUKIT MOK CUN/KODIANG
Ketinggian : 140m
Tarikh : 24/02/2019
Bukit Mok Cun tidak terlalu tinggi. Ketinggian 140 meter sahaja. Tapi cabarannya terletak di laluan yang agak curam. Tambahan pula jika kurang fit. Banyak bahagian menggunakan tali termasuk nak ke puncak di mana cabaran mendaki semakin extreme (dr info sekarang dah ada tangga ke puncak). Tangan dan kaki kena kuat. Jika rasa tak yakin tak perlu naik sampai atas. View sebelum puncak pun dah cukup cantik. Boleh katakan 90% adalah pendakian batu (rock climbing).
Acik ke sini dengan GOGO dari Kuala Lumpur. Menaiki bas ke utara secara berkumpulan. Maaf acik tak share itinerary memandangkan trip dah lama. Details semua pun ingat-ingat lupa dah. Post kali ni acik fokus kongsikan gambar-gambar sepanjang pendakian ke Mok Cun 🙂

Di sinilah homestay kami tinggal. Tak jauh dari Bukit Mok Cun. Subhanallah, pemandangan pagi di Mok Cun cukup indah. Matahari terbit, kurang bangunan tinggi yang membolehkan sinarannya tembus di sekeling alam.
Selepas subuh, kami mulakan pendakian. Sebelum tu, buat senaman ringgan dan mulakan dengan bacaan doa. Berjalan kaki. Tak jauh pun sekitar 15-20minit saja.
Bahagian kaki bukit Mok Cun. Kami naik berkumpulan. Pendakian ke atas agak mencanak dan banyak menggunakan tali. Oleh kerana itu, ada masa terpaksa berhenti untuk beri peluang orang atas gunakan tali.Â



Sejujurnya acik sangat suka bukit dan gunung belah utara. Di sini banyak batuan yang unik.
Waktu ni antara dua, nak teruskan pendakian ke puncak atau berhenti setakat ni. Ikutkan dah datang jauh-jauh takkan tak nak sampai puncak kan? Tapi sejak belum mendaki hati dah tak berapa sedap. Acik lin panjat sikit je kawasan ni, kemudian turun. Bila hati tak sedap jangan naik . Trust your instinct!
Oh ya, tadi acik lin jelajah beberapa blog. Dari info blog https://www.cikguhailmi.com/2019/12/daki-bukit-mok-cun-di-kodiang-lawa-gila.html
dah ada tangga di Mok Cun. Waktu acik naik dulu belum ada tangga ni. Jika ada tangga begini yakin sikit nak naik. Lebih selamat, insyallah.

Layan view dari puncak ni pun okay. Tetap nampak panorama sawah. Ketika ni musim menuai padi.Â
Antara geng yang tak naik ke atas. Puas bergambar je la kat sini :p
Waktu turun tu, kami melalui kawasan sawah. Panik juga la nampak lembu ekor terangkat berlari-lari sekitar sawah. Tambahan baju kami ni warna merah belaka haha. Mujur la tak ada apa-apa kejadian buruk.
Waktu ni panas lit-lit :p
Taraaaaaaaaaaaaa! View ni lah pengubat hati sepanjang misi menawan Mok Cun. Alhamdulilah atas rezeki musafir kali ni. Insyallah acik nak mendaki lebih banyak bukit dan gunung belah sini 🙂 Terima kasih sudi singgah blog acik. Moga bermanfaat.

GUA KERBAU, KODIANG, KEDAH – Linda Masehat @Acik Lin
[…] Lawatan ke Gua Kerbau ni termasuk dalam itinerary sewaktu misi BUKIT MOK CUN […]