MT SIKU, CAMERON HIGHLANDS

Ketinggian : 1916M

Tarikh : 10/03/2018

Gunung Siku yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,284 kaki).[1]

Gunung Siku mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Di group HACAM ramai pendaki share gambar Mossy yang cantik di gunung siku. Kebetulan ada trip yang di anjurkan Liberator Hikers Community (sekarang dikenali sebagai Kembara Hikers). Acik, Lisa dan Ida memang dah kenal satu sama lain. Kami kemudian join 2 kenalan baru iaitu Syaz dan Azam.

Kami carpool dari Kuala Lumpur. Kemudian ambil Syaz di Ipoh dan bergerak ke Cameron sekitar jam 4pagi. Kami sampai di cameron sekitar 5pagi, sebelum subuh. Kami menunaikan solat subuh di Masjid Lojing.

Semua peserta berkumpul di hadapan masjid. Mendengar taklimat dan bergerak ke starting point dengan menaiki kereta. Mulakan pendakian dengan bacaan doa. Dibekalkan dengan makanan pagi dan lunch pack.

Ceria. Tudung merah dah hitam tu jalan tak pijak tanah. Laju berdesup
Starting Point

Melintas jambatan

Kami melalui kawasan kebun. Segar-segar sayuran dan buah-buahan kat sini.

Orang padu biasa akan duduk belakang haha. Kami bagi laluan yang ekspress jalan dulu :p

TQ sweeper kami, Hanif dan Ajer. Sabar menanti kami pace syahdu ni haha

Oleh kerana pagi tu hujan, trek agak basah dan lembab. Entah berapa kali tergolek. Perjalanan naik sekitar 2jam setengah. Orang padu macam acik buat 3jam ke lebih? hihi Tak apa la janji naik dan turun dengan selamat.

Lawa kasut. Penuh selut. Beg, baju. Semua la
Waktu ni dah nampak mossy. Hati dah berbunga

Mossy. Hanyut dalam dunia fantasiWalaupun pewai, harus teruskan. Waktu ni duk hangkut selut

Acah-acah lena
Tempat sejuk ka, tempat panas ka, muka tetap merah bila berpeluh

Sampai puncak perut dah berdendang sayang. Kami pun makan makanan yang disediakan penganjur. Bila kat atas tu semua rasa sedap. Alhamdulilah.

Bergambar di puncak dengan geng carpool

Lineup Misi Mt Siku

Acik share rahsia nak dapat permit dari boss besar :p

Waktu turun tu, kami terserempak dengan lori sayur. Kaki pun dah lenguh. Kami tumpang naik dari kawasan kebun ke starting point :p

Bergegar bila langgar lubang. Driver punnnnn
Alhamdulilah. Misi selesai. Kami Sempat mandi, solat dan lepak minum sebelum pulang ke KL

Gunung siku ni kita naik dari aras atas, jadi tidaklah terlalu sukar. Atas rezeki. Jika cuaca elok, insyallah perjalanan tu smooth je. Nak jadi rezeki kami naik time lepas hujan. Maka trek agak licin dan berselut. Biasanya pace santai 2jam -2 jam setengah dah sampai puncak. Turun dalam 2 jam. Jadi masukkan Gunung Siku dalam wishlist kalian. Insyallah berbaloi layan mossy cantik! Selamat mendaki 🙂