Sambungan dari kisah pendakian Mt Crest Mountain >>> https://lindamasehat.com/2021/05/hiking-mt-dragon-crest-khao-ngon-nak-krabi-thailand/

Selepas menawan

MT DRAGON CREST MOUNTAIN/KHAO NGON NAK

kami pulang ke campsite. Mandi dan packing semua peralatan. Bergerak ke homestay untuk misi seterusnya iaitu Emerald Pool. Sebelum sampai homestay kami singgah makan dahulu. Cantik pula kawasan sekitar tempat ni.

Waktu lepak makan, kawan kami beli durian kat sini. Rupanya durian muda. Tak pandai nak makan. Adeh
Kedai makan “boleh berbahasa melayu” katanya. Depan tu bukan tuan kedai tapi hiking buddy haha  Tak lama kemudian kami sampai homestay. Bida Daree Resort

Alhamdulilah. Bilik yang selesa dan bersih. Ada ruang makan di bahagian depan. Malam tu, kami jalan-jalan di Krabi Night Market. Dapat la membeli apa yang patut haha. Okay cari kudapan dulu.

Banyak makanan halal di sini
Lawa beg ni. Acik beli untuk hadiahkan pada family
Kata orang datang sini wajib bergambar di mercu tanda Krabi

Bergambar di Ao Nang landmark. Waktu ni acik merayau-rayau cuci mata. Nak pergi pantai gelap pula. Duduk kejap je tepi pantai tu kemudian tunggu yang lain kat tempat yang dijanjikan. Selepas tu kami balik dan rehat. Pagi tu bangun breakfast dan bersiap untuk check out. Kembara seterusnya ke Emerald Pool. Dah lama mengidam nak pergi tempat ni.

Breakfast

Makanan beli depan homestay. Nasi ni ada namanya tapi acik dah lupa hihi

Bergambar depan homestay
Adik pesan burger ni. Beli kat 7E sana. Kakaknya pun terjebak. 

Pengembaraan ke Emerald Pool bermula,

Emerald Pool salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong yg bercuti di Krabi. Sebuah kolam semulajadi yang hijau dan jernih airnya, terletak di dalam hutan Khao Phra Bang Khram di dalam wilayah Amphoe Khlong Thom. 

 

Beratur nak masuk

Subhanallah, cantik sungguh. Teruja dapat tengok depan mata.

Bukan main seronok team kami berendam. Kami yang tak boleh mandi ni layan view dan buat seisi bergambar je lah haha. Haishh, tak puas rasanya menatap keindahan tempat ni.

Tq Adik Ali ambilkan gambar cantik ni 🙂

Salah satu tempat menarik di sini ialah Blue Pool, tapi sayangnya hari tu di tutup. Dari sumber, ketika tu musim burung bertelur. Jadi nak elak dari terganggu dengan bunyi bising, blue pool terpaksa di tutup. Acik belanja gambar Blue Pool dari google 

Team kami. Bukan main happy. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar,

Kami kemudiannya bergerak ke Hatyai dan menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pengalaman manis yang akan tersimpan rapi dalam ingatan. Jumpa lagi di post yang lain 🙂