Nama Tempat :

Kawah Sikidang

Tarikh : 10/11/2019

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Kawah Sikidang merupakan lapangan perkawahan di Dataran Tinggi Dieng yang berada paling dekat dengan kawasan percandian Dieng, mudah dicapai, dan dinikmati kerana terletak di tanah datar, sehingga juga menjadi kawah yang paling dikunjungi wisatawan. Tapaknya berada di Desa Dieng KulonKabupaten Banjarnegara. Posisinya berada di sebelah timur dari Bukit Pangonan, berdekatan dengan Kawah Sibanteng dan Kawah Upas-Luwuk.

Kawah sikidang merupakan kawah aktif terbesar yang ada di Dataran Tinggi Dieng. Kawah ini memiliki satu telaga air panas kecil dengan air yang selalu mendidih dan lapangan celah gas dengan titik-titik yang selalu berpindah-pindah di dalam suatu lapangan seluas lebih kurang 4 hektar. Dari karakter inilah namanya berasal, kerana penduduk setempat melihatnya seperti kijang (kidang dalam bahasa Jawa) yang melompat-lompat. Dari sisi geologi, kawah ini tergolong muda. Catatan letusan freatik terakhir terjadi pada tahun 1981.
Acik lin belanja gambar sepanjang di sini 🙂
Arah masuk kawah sikidang
Teler rebus. Rugi pula tak cuba :p

Acik lin tak naik sampai atas. Melihat dari bawah saja
Tahan nafas
Sahabat merakam memori
Ramai juga pengunjung
Berasap

Sedap juga kuih yang dijual. Acik rasa sikit je. Risau asap tu ada kesan tak pada makanan? Paranoid pulak haha
Kuih Sagon

Terdapat deretan gerai peniaga dan kawasan untuk bergambar (berbayar)

Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk meneroka kawasan ni. Alhamdulilah, melihat depan mata keajaiban ciptaan yang Esa. Terima kasih Allah atas peluang ini. Jangan lupa masukkan Kawah Sikidang dalam list lawatan 🙂