Setiap kali hiking, bawa seketul dinar, syiling berbentuk bulat untuk photoshoot. Comel, kecil sedikit dari duit sepuluh sen. Jika di lihat eh tak padan dengan nilai.
Sekeping dinar bulat dengan berat 4.25gram, harganya hari ini mencecah RM1072 sekeping.
Bayangkan betapa tebal duit kertas jika nak bawa nilai yang sama dengan harga beberapa keping dinar 😅.
Itu yang bila bawa emas, rakan-rakan fb pesan. Hati-hati jangan sampai jatuh. Ni kalau jatuh menangis tak berlagu katanya 🤭
Semua sedia maklum, emas sesuatu yang amat bernilai. Walaupun kecil, nilainya sangat berharga. Jika kita bawa tunai, jarang dapat pesanan begitu. Tapi emas. Kita auto jadi lebih prihatin.
Nilai emas sepanjang zaman tidak pernah jadi kosong. Berbeza dengan wang fiat. Sejarah negara dengan duit daun pisang sebagai contoh 👇
Jepun telah menguatkuasakan penggunaan wang pokok pisang dan disebabkan cetakan wang yang terlalu banyak telah menyebabkan kenaikan harga barang berlaku.
Akibatnya pada tahun 1945 nilai duit pokok pisang jepun telah tidak berguna lagi apabila jepun telah menyerah kalah.
Jadi di sini kita boleh lihat bagi sesiapa yang mengumpul wang sebagai lambang kekayaan maka dia akan rugi apabila wang itu sudah tidak bernilai lagi.
Berbeza dengan orang yang menyimpan emas, kerana tidak kira lah negara mana sekali pun yang jatuh tetapi nilai emas tetap tidak akan jatuh kerana ia masih boleh digunakan dan ia masih laku diseluruh dunia.
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Simpanan Emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
