Nama Bukit :

Bukit Sri Gombak

Tarikh :

 02/04/2021

Acik lin ternampak post sahabat fb. Tempat hiking dengan view yang cantik. Lokasi di Gombak. Tak jauh dah dari rumah kami di Rawang.

Starting point di Jalan SG8/11. Private property. Rasanya mereka palang ni untuk elak pihak tidak bertanggungjawab buang sampah di atas tanah ni. Bila naik atas memang ada longgokan sampah, perabot, tilam lama. Hmmm, mudah sungguh diaorang buat kerja.

Apapun bila masuk kawasan ni kita dah dikira menceroboh kawasan larangan 😅. Niat nak naik layan view dan cepat-cepat turun. Insyallah kita jadi hikers yang bertanggungjawab, tidak merosakkan harta awam dan tidak buang sampah merata-rata. Mentaliti kelas rendah je buang sampah merata ni.

Okay berbalik pada trek tadi, acik share gambar starting point dulu.

Ada palang di pintu utama

Parking jauh sikit dari sini. Ada kerja pembinaan di sekitar kawasan ni. Lori banyak keluar masuk. Bila dah melepasi palang ni, teruskan pendakian, anda akan nampak bahagian tanah merah. Teruskan perjalanan.

Laluan tanah merah

Kemudian nampak dua laluan ke kiri dan ke kanan. Ambil kanan untuk layan view pencakar langit. Hiking tak sampai 5 minit. Peluh pun belum sempat keluar hihi.

Seluas saujana mata memandang
Kawasan KLCC mendung. Mungkin hujan dan view agak kabur
Pondok lepak. Mungkin hasil tangan komuniti di sini
Cahaya matahari tembus di celahan awan

Kami berhajat nak tinjau beberapa pit stop lain. Memandang cuaca dah mula mendung, kami batalkan niat. Lagipun dah janji dengan anak-anak nak bawa mandi sungai (jika tak hujan) atau bawa jalan-jalan shopping complex. Jika selesaikan 5 pit stop mungkin ambil masa 30-40minit untuk explore tempat ni. Dari perkongsian sahabat fb, ada beberapa port view yang cantik. Pemandangan dari batu besar dan view Bukit Tabur.

Perkongsian dr sahabat fb. View KLCC dan menara KL jelas kelihatan

Jika sahabat nak hiking santai bolehlah masuk ke sini, risiko atas diri sendiri ye 😅. Jangan masuk ramai-ramai dan jangan buat bising bila dah di puncak. Tenang-tenang saja layan view 😁👍

Terima kasih sudi jengah post ni. Jumpa lagi di post akan datang 🙂