Nama Bukit : Bukit Singa

Tarikh :

 10/04/2021

Minggu terakhir sebelum Ramadhan. Mama dan anak bujang ke Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk hiking santai ke bukit yang dinamakan Bukit Singa. Ini kerana bentuknya yang seakan kepala singa 🤭 Cantik kan? 😍

Pendakian santai saja. Sekitar 10-15minit (jika rajin jelajah kawasan ni)

Seluas saujana mata memandang
Dua beranak. Kami berdua je atas puncak ni
Berdekatan kawasan perumahan

Sebelum sampai ke puncak bukit ni, kita akan melalui kawasan kandang kuda milik Pertubuhan Kebajikan Darul Jariah. Pertubuhan ini banyak membuat kerja-kerja amal.

Infaq Sedekah, Hubungi Puan Jah 👇

http://www.wasap.my/60132942995

DARUL JARIYAH
562076508444
Maybank

Di sini juga terdapat mini zoo untuk melihat haiwan seperti arnab, ayam, itik, angsa, kuda, kambing dan banyak lagi. Anak-anak kecil pasti seronok. Bolehlah buat aktiviti bersama keluarga.

Starting point
Gelanggang kuda. PERCUMA
Kandang kuda
Kebetulan hari ni tak de aktiviti berkuda

Anak bujang acik memang suka binatang peliharaan

Alhamdulilah. Jadilah keluarkan peluh dan bonding time dengan anak bujang. Jumpa lagi di post akan datang 🙂