Nama Bukit :
Bukit Matt, Rawang
Tarikh :
21/03/2021
Acik terlihat post sahabat mendaki di Bukit Matt. Pemandangan dari atas bukit sangat cantik. Latarbelakang jambatan tertinggi di Malaysia. Sangat memukau! Di tambah dengan kehijauan pokok Giam Kanching, spesis unik yang hanya ada di Hutan Simpan Kanching. Ia berbentuk seperti brokoli.
Merawan Kanching atau Giam Kanching merupakan khazanah bumi negara yang hanya tumbuh di negara kita dalam satu kelompok kecil di sebuah hutan di Selangor. Pokok ini tidak terdapat di negara-negara lain, dan bilangannya yang kecil, menjadikannya di antara spesis flora dunia yang terancam.

Oleh kerana lokasi lebih kurang 4km sahaja dari rumah, acik dan suami sepakat mendaki pada hari biasa. Kebetulan anak-anak cuti sekolah. Jadi kami berdua memulakan pendakian sekitar jam 3 petang.
Cuaca ketika naik tu cerah. Kami pada mulanya menaiki melalui trek kawasan perumahan. Trek ni biasa digunakan kalangan biker. Sempat la snap beberapa keping gambar di sini.


Pada awalnya kami berhasrat nak teruskan laluan ni, tetapi dari jauh nampak sekumpulan lembu. Ada beberapa ekor anjing berlari-lari di belakang. Hah sudah hahaha dah la kami berdua saja. Kemudian sepakat berpatah balik dan lalu trek lain 🤭
Kami pun waze Jalan RP 5 (Rawang Perdana). Landmark pencawang elektrik sebelah kanan, rumah TNB & mini playground.
Starting point sebelah mini playground. Ada laluan kecil. Jalan ikut laluan tu hingga jumpa simpang Y, ambil kanan. Jalan hingga jumpa kereta buruk.

Kemudian ambil kanan dan teruskan perjalanan hingga jumpa laluan turun, ambil kiri arah terowong.
Masuk terowong yang jaraknya lebih kurang dua kelebaran jalan
Terowong ni ada sarang burung di bahagian atas. Jangan ganggu atau tepis-tepis. Ada telur dan anak burung dalam sarang. Keluar terowong, ambil kanan dan teruskan pendakian di bahagian batu yang bertali.

Teruskan pendakian hingga nampak laluan lalang sebelah kanan. Di situlah port untuk melihat view yang cantik 😍. Perjalanan santai lebih kurang 30minit dari starting point.


Jika mahu ke sini pastikan cuaca elok dan berhati-hati ketika mendaki memandangkan batuan di sini agak licin dan berisiko.
Setakat 6hb April 2021, bukit ini masih boleh di daki. Pada masa hadapan kemungkinan trek ini akan di tutup kerana ia melibatkan isu keselamatan (tepi highway) dan pencerobohan kawasan. Apa yang penting jaga adab apabila mendaki dan ambil langkah keselamatan sebelum mulakan pendakian 😃👍

HIKING DENAI PUTERI, KOTA DAMANSARA, SELANGOR – Linda Masehat @Acik Lin
[…] Boleh baca entry ni >> https://lindamasehat.com/2021/04/hiking-bukit-matt-rawang-selangor/ […]