Acik terbaca di fb, salah satu dari 4 pokok unik di Puncak Alam telah ditebang untuk beri laluan kepada projek pembangunan.

Ya, pokok yang digelar Octopus kerana bentuknya seperti sotong telah ditebang! 😭

Jadi hanya tinggal 3 pokok unik yang masih wujud di kawasan berkenaan. Acik perhatikan ada condominium baru naik. Sebelum ni tahun 2018 tak ada lagi projek ni. Tak jauh dari starting point pun banyak projek perumahan dalam pembinaan. Jadi kita tidak tahu apa nasib khazanah alam yang ada ni di masa depan.

Pada 27/2/2021, acik ajak suami ke Bukit Botak untuk melihat sendiri pokok unik yang berakar. Usianya pasti sudah berpuluh tahun atau mungkin beratus tahun?

Jika hendak ke sini, waze saja nama Bukit Botak Puncak Alam. Insyallah jumpa terus starting point. Trek pun jelas.

Matlamat utama untuk cari pokok berakar ni, jadi acik search info mengenai cara ke sana.

Dari laluan utama, selepas pencawang kedua belok ke kiri. Kita akan nampak laluan sedikit menurun. Lalu di bawah pencawang dan nikmati pemandangan hijau ala-ala padang New Zealand kata netizen 🤭.

Pencawang kedua. Lalu bawah pencawang ni
Panas lit-lit pun wajib bergambar haha

Dari jauh kita boleh nampak batu putih. Di belakang batu inilah lokasi pokok berakar unik tersebut.

Pemandangan dari atas. Ikut je arah ke batu berwarna putih tu.

Perjalanan ke sini lebih kurang 20minit berjalan kaki, pace santai. Cuaca agak panas. Sebaiknya bawa payung, pakai topi atau hiking awal pagi. Jika tidak, bersedialah untuk rentung 🤭

Cantik kan? tunggu turn nak bergambar haha

Bergambar atas batu. Malas nak naik yang tinggi, bergambar kat batu kecil ni je

Acik cadangkan, datanglah ke sini melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah. Kita pun tidak tahu selama mana ia akan berada di situ.

Cadang nak cari 2 pokok lagi tapi memikirkan anak di rumah, kami fokus pendakian singkat sahaja.Sempat juga bawa emas dinar ke sini. Selit di tepi akar pokok besar ni sebagai kenangan.

Jumpa lagi di post akan datang 🙂