Pagi ni acik lin rasa nak keluarkan peluh. Jadi ajak Kak Sheena teman ke Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur. Masuk percuma. Ada bangunan khas untuk parking. Tak perlu dah nak parking tepi jalan.

Kawasan padang luas. Boleh main layang-layang. Nak main bubble pun boleh. Sewa alatan atau beli saja jenis pistol.

Ramai peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti tikar getah, layang-layang. Makanan ringan pun ada dijual di sini.

Boleh sewa basikal, skate board, roller blade dan pelbagai alatan riadah lain.

Taman permainan
Lama tak datang sini. Port bergambar. Cantik
Signboard baru

Kami kemudian berjalan-jalan sekitar kawasan tasik. Berhenti rehat, santai-santai lepak dan makan di tepi tasik.

Banyak ikan melompat-lompat dari dalam tasik

Selesai makan, kami bergerak ke menara peninjau. Tinggi juga. Kak Sheena laju je ke depan. Mujur dia tak gayat.

Alang-alang naik terus ke atas
View menghijau
Jeti

Kami kemudiannya turun. Cadang nak buat satu pusingan tasik. Matahari dah meninggi dan bahangnya mula terasa. Jadi kami terus bergerak balik. Banyak aktiviti keluarga boleh dibuat. Jangan lupa datang jika berdekatan kawasan ni. Jumpa lagi di post akan datang 🙂