Nama Tempat :

Bukit Jugra

Tarikh :

 31/03/2021

Encik suami ada urusan kerja di Shah Alam. Jadi kami plan nak hiking kawasan sekitar. Bukit Jugra memang dalam list. Seronok bukan kepalang bila ada yang ajak menyelit program hiking haha.

Jadi kami bawa kereta dan parking di kawasan simpang sebelum ke puncak. Berdekatan playground.

Simpang ke puncak
Boleh parking di kawasan ni

Kami disapa auntie berbangsa cina dan anak lelaki nya. Dia beri cadangan kami bergerak dari parking memandangkan kami nak hiking. Hiking la sangat haha. Kami tak masuk kawasan hutan kerana nak kejar masa. Beliau cadangkan kami ambil laluan hutan waktu turun, boleh bergambar di sarang burung, kemudian berpatah balik.

Auntie yang peramah dan baik hati. Boleh la support auntie ni meniaga air dan buah
Panas lit lit. Rentung! haha
Signboard Bukit Jugra

Selepas bergambar, kami kemudiannya melalui kawasan hutan. Malangnya kami di serbu sekumpulan nyamuk aedes! Berbelas atau mungkin berpuluh ekor huhu. Hati dah tak berapa kental, kami pun berpatah balik. Lagipun kami ada urusan lain perlu diselesaikan.

Waktu ni tak tahan dah. Duk mengaru
Laju guide saya haha

Alhamdulilah. Apa yang penting misi nak melihat view Bukit Jugra tercapai. Memang cantik amat! Berbaloi datang dari jauh.

Wajib bawa emas dinar 🤭

Sekian coretan perjalanan kami ke Bukit Jugra. Jika nak lebih adventure boleh naik melalui kawasan masjid atau tangki air. Jika nak santai-santai boleh bawa kereta terus ke puncak.

Jumpa lagi di post akan datang 🙂