Sharing Fakta Emas

Emas adalah suatu logam yang amat bernilai dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan manusia.

10 fakta menarik tentang emas yang mungkin sebelum ini kita tidak tahu.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

Zaman Rasullullah saw, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman kerajaan melayu melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Betapa kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi. Terdapat sedikit keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat). Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida (berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

Semoga Bermanfaat

#infoemas