Nama Tempat :

Taman Tasik Titiwangsa

Tarikh :

 19/12/2020

Encik suami ajak kami sekeluarga ke Taman Tasik Titiwangsa memandangkan dah lama kami tidak buat aktiviti riadah. Dengan keadaan pandemik sekarang, kami memilih untuk kurangkan aktiviti outdoor. Tengok anak-anak dah mula kebosanan, kesian pula.

Pengunjung tidak ramai. Kami mula mengelilingi kawasan tasik. Banyak pokok-pokok di tanam, mencantikkan lagi suasana. Redup, hijau, tenang. Kami kemudiannya melalui Banjaran Walkaway.

Anak-anak bermain di kawasan padang memandangkan taman permainan dan kolam mandi ditutup sepanjang pkpb.

Alhamdulilah. Jika warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang mencari tempat riadah, di sini antara tempat terbaik. Menarik dan tiada bayaran masuk, percuma! 😇

Oh ya, ada peniaga air atau makanan ringan berniaga di sekitar kawasan tasik. Anda juga boleh menyewa basikal dengan kadar sewa yang berpatutan.  Sekian 😁 Jumpa lagi di post akan datang.