Nama Tempat :

Hutan Taman Rimba Komanwel

Tarikh :

Β 14/12/2020

Penulis tinggal di kawasan Rawang tetapi belum pernah jejak kaki ke Hutan Taman Rimba Komanwel. Penulis dan suami bercadang untuk mendaki dan layan air terjun di sini.

Sebaik sampai, kami parking kereta di kawasan yang disediakan. Beratur untuk mendaftar masuk. Sampai saja turn kami, pegawai yang bertugas memaklumkan pengunjung dah penuh, 30 orang. Jika mahu masuk kami kena tunggu yang lain keluar dulu.

Dia cadangkan kami naik ke bahagian atas untuk melihat tasik buatan (bukan bawah perhutanan). Ada resort dan tempat berkhemah. Kami kemudiannya bergerak ke atas dan dimaklumkan di situ juga penuh πŸ˜…. Guard cadangkan kami menelefon pihak pengurusan resort, mana tahu rezeki boleh masuk. Alhamdulilah kami dibenarkan naik. Bayaran dewasa RM5. Kanak-kanak RM3.

Jalan bertar. Naik kereta dalam 5minit perjalanan

Penulis dan suami meninjau sekitar resort. Ada padang menghijau yang luas dan bersih. Banyak khemah di pasang (boleh di sewa sekitar RM50 ke atas).

Pokok buloh sebelum pintu masuk resort

Terdapat juga aktiviti air seperti berkayak. Anak sungai yang cetek, sesuai untuk anak kecil mandi manda. Di bahagian belakang ada hutan, boleh jungle trekking.

Semput, stamina out sejak pkp πŸ˜‚
Poyo je tu haha
Resort kayu unik. Suasana aman dan tenang

Kami kemudiannya sarapan pagi di cafe dalam kawasan resort. Perut dah bernyanyi minta di isi haha.

Melayan tekak. Nasi lemak sedap 🀭

Bila berdua ni  kami manafaatkan masa berbincang mengenai plan 2021 😁. Buat kira-kira kemudian encik suami kata jom kita pergi showroom Proton.

Setuju warna merah ONβœ…πŸ€­ Kita cari yang mampu milik. Tak sakit kepala nak bayar bulanan haha

Alhamdulilah, setelah pelbagai cabaran dan ujian yang kami tempuh, ada kemanisan penghujung 2020. Syukur ya rabb. Insyallah akan datang penulis kongsikan kisah hiking di Hutan Rimba Komanwel di bawah jabatan perhutanan. Kami tak dapat ke sana kerana dah keletihan keliling tasik πŸ˜‚.

Jumpa lagi ❀️