Nama Tempat :

Air Terjun Serendah

Tarikh :

 06/12/2020

Aktiviti hujung minggu. Penulis dan anak bujang pergi ke Air Terjun Serendah. Kami dari Rawang mengambil masa sekitar 20minit untuk sampai ke lokasi ini.

Papan tanda ke Air Terjun

Jika hendak ke sini, waze sahaja nama Air Terjun Serendah, insyallah sampai ke destinasi. Melalui lorong kecil adakalanya kenderaan berselisih. Hati-hati bila memandu. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM1 seorang. Boleh parking percuma di kawasan perkelahan.

Terdapat beberapa kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, pondok rehat dan kawasan permainan. Walaubagaimanapun, keadaan penyelengaraan tidak beberapa memuaskan.

Jambatan Batu

Penulis teruja melihat air terjun yang cantik. Anak bujang dah tak sabar nak berendam. Alhamdulilah cuaca pun elok.

Dua beranak bergambar 🤭
Pemandangan dari laluan trek

Kami kemudiannya meninjau trek di kawasan berhampiran air terjun. Oleh kerana telah lewat petang, kami sekadar berjalan di trek bertar dan kemudiannya berpatah balik. Bimbang juga kerana ketika itu ramai yang sudah turun untuk pulang.

Insyallah akan datang kami nak repeat.  Datang awal boleh lakukan pendakian. Penulis belanja gambar serangga di sini 😃

 

Jika ada kelapangan datanglah ke sini. Agak berbaloi juga layan air terjun yang cantik. Terapi diri ❤️