Tips Simpan 1 Gram 1 Bulan
Sesiapa yang nak mulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan.
#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.
#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!
#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. (Sahabat pembaca boleh kaji sendiri kalau nak sahkan pengalaman saya ini)
#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Menurut Mazhab Tuan Shamsuddin Kadir, cukup sahaja 6 bulan, keluarkan emas fizikal dan pegang sendiri emas kita. Sepeti kata mentor emas Tuan Mohd Zulkifli, terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.
Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya +6 019-2160853 . InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang dalam pengetahuan saya.
Nurdzulmaslinda Masehat, Authorised Dealer : PG00126602
