Salah satu teknik dan kaedah dalam simpanan dan pelaburan emas adalah pemurataan harga (averaging price), satu teknik yang boleh digunakan untuk merendahkan harga pembelian emas untuk memaksimumkan untung simpanan dan pelaburan emas kita.

Kaedahnya sangat mudah; jumlahkan jumlah pembelian dan bahagikan dengan jumlah gram. Hasilnya adalah purata harga per gram yang lebih rendah dari harga emas yang paling tinggi kita pernah beli.

Dengan menggunakan teknik ini, penyimpan dan pelabur emas tidak perlu tunggu harga emas naik harga paling tinggi pun dah boleh untung. Wowww menarik kan? 🤩

Untuk memaksimumkan keuntungan menggunakan teknik ini adalah dengan menambah lebih banyak gram pada harga paling rendah, makin banyak gram dan makin rendah harga akan memberikan lebih banyak keuntungan pada penyimpan dan pelabur emas.

Contohnya;
Harga emas paling tinggi: RM304 per gram.
Harga emas hari ini: RM261 per gram.

1. Tambah 1 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 2 gram adalah RM282.50 per gram.

2. Tambah 10 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 11 gram adalah ±RM265 per gram.

3. Tambah 100 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 101 gram adalah ±RM261.50.

Kesimpulannya adalah apabila kita tambah gram pada harga rendah, kita tidak perlu menunggu lama untuk untung walaupun sudah beli pada harga yang paling tinggi sebelum ini.

Makin rendah harga emas, makin banyak kita patut beli. Bila harga emas dah naik nanti kita boleh dapat untung maksimum. Betul apa yang sifu emas saya cakap; harga emas turun makin lagi orang berebut beli. Huhuhu.😁

Simpanlah emas dengan ilmu dan beli ikut pada poket sendiri. Sama-sama kita manfaatkan harga emas rendah hari ini dengan sebaiknya insyaallah. Mudah-mudahan semua dapat manfaat.

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”