Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua pembaca website Linda Masehat 😊 Hari ni penulis nak share sedikit pengalaman menyimpan emas dan matlamat simpanan emas. Sewaktu di bangku sekolah, penulis suka menonton drama korea “Winter Sonata”.
Terasa terbuai melihat watak hero dan heroin. Plot cerita yang menuntut banyak air mata . Penulis lihat pemandangannya negara tu cukup cantik. Dalam hati berbisik alangkah indah jika dapat melihat sendiri di depan mata. Nak dijadikan rezeki 2015 dapat ke sana bersama mama, suami dan anak-anak. Kami sertai travel agensi sahaja memandangkan tidak ada pengalaman bergerak sendiri ke negara orang.
Penulis mula membuat kira-kira. Payment untuk agensi dah selesai. Nampaknya kena cari duit poket. Duit perniagaan tidak boleh usik. Penulis pun message sahabat lama Puan Norhafizah Madzlan. Katanya abang suami beliau ada buka kedai emas di Selayang. Maka penulis pun bawa beberapa barang kemas yang dah rosak. Ibu penulis pula nak lepaskan rantai pintal yang tidak berapa selesa dipakai.
Beliau beli rantai tu ketika penulis di sekolah menengah. Sekitar RM40/gram. Ketika kami jual emas tu, nilai selepas di tolak susut nilai RM135/gram. Wow sangat! Duit poket untuk beliau memang penulis dah asingkan tapi katanya tak apa aku nak buat spare! Haha
Bila diingat harga emas hari ni syahduuuuuu! Tapi begitulah bila kita ada matlamat. Tiba masa kena lepaskan juga. Mungkin idea ni sedikit bertentangan dengan penyimpan untuk matlamat aset dll. Bagi penulis pula, matlamat simpanan emas penulis lebih kepada keseimbangan kehendak dan keperluan.
Niat nak bahagiakan ibu ayah. Selagi berkudrat nak heret je ke mana pun. Nanti penulis ceritakan pula matlamat lain yang berjaya di capai dengan simpanan emas, insyallah. Ternyatalah emas mampu menjadi ‘alat’ untuk kita mencapai matlamat. Buktinya, rekod nilai emas untuk jangka pendek turun dan naik, tetapi jangka panjang nilainya luar biasa!
