Nama Bukit : Tasik Biru, Kangkar Pulai
Tarikh : 25/03/2019
Penulis terbaca artikel mengenai Tasik Biru. Cantiknya! Bagaimana tasik ni boleh menjadi kebiruan? Penulis mencari jawapan.
“Hasil perlombongan dan letupan bukit, mewujudkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok.”
Wah! Sesuatu yang menarik untuk dihayati! Kebetulan penulis dan keluarga datang ke Johor untuk meraikan majlis perkahwinan adik perempuan. Penulis cuba selit slot hiking ke sini :p Alhamdulilah berjaya pujuk partner untuk mendaki ke Tasik Biru.
Anda boleh waze nama Kawasan Tasik biru. Starting point bermula di Jalan Pulai Mesra 17. Boleh park kereta di sini tapi agak jauh nak menapak masuk ke dalam kawasan tanah merah. Kami memandu masuk dan nampak banyak lori keluar masuk. Kemudiannya mencari kawasan lapang dan parking kereta tak jauh dari tangki Air.
Kami pun mulakan pendakian, sekitar 15 minit dah sampai ke atas.
Subhanallah! cantik sungguh tasik ni. Dah macam kat luar negara haha. Kami pun bergambar dan mengambil video pemandangan dari atas.
Balik dari mendaki kami kongsikan gambar di fb. Rata-rata sahabat teruja melihat keindahan tasik biru. Ada yang baru tahu kewujudan tasik ni. Mungkin ada kalangan sahabat kita mempunyai kekangan untuk melakukan hobi sebegini. Jadi apa salahnya kita kongsikan sebagai terapi untuk orang lain.
Kebetulan waktu kami naik tu ada beberapa kumpulan pendaki. Jadi tak de la risau sangat. Sebelum mendaki penulis ada terbaca mengenai laluan ke Hutan Simpan dan kolam tadahan Syarikat Air Johor (SAJ). Walaubagaimanapun, kami tidak mahu mengambil risiko memandangkan di situ kawasan larangan yang di jaga oleh pihak tentera. Kami sekadar sampai lookout point tasik sahaja. Mujur juga kami tidak masuk ke sana, kerana sebaik pulang mendaki kami mendapat berita ada sekumpulan pendaki di tahan dan di bawa ke balai kerana menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air, sehari sebelum kami mendaki.
Pada pandangan penulis, cukuplah sekadar dapat melihat keunikan tasik tersebut. 15minit mendaki tu pun dah keluar peluh haha. Tak berbaloi ambil risiko keterlaluan di kawasan kuari yang kita sedia maklum risikonya. Niat penulis hanya ingin melihat sendiri keunikan warna air di kuari ini. Dah selesai tu kami terus turun dan bergerak pulang. Satu pengalaman yang manis juga kerana kita pun tidak tahu sampai bila tasik itu akan kekal di situ. Mungkin suatu hari nanti akan dikambus, maka tinggalkan gambar sebagai kenangan.
Jangan pula ada yang mengambil risiko mandi di sini! Kandungan air dalam kuari telah mengalami tindak balas kimia. Penulis tidaklah menggalakkan sahabat ke sini, tapi jika nak cuba naik pastikan setakat outlook point tasik sudahlah :p Itupun sudah berbaloi 🙂
