Nama Tempat : Taman Tugu Forest Trails

Tarikh : 05/02/2019

Hutan bandar dengan pelbagai flora fauna menarik. Masuk percuma. Sesuai bawa anak-anak untuk jungle trekking

Info lanjut rujuk Friends of Taman Tugu

Pintu masuk. Kami park kereta di tepi pintu gerbang ni. Penulis kongsikan gambar sepanjang jungle trekking di sini 🙂

 

Terdapat juga kawasan santai untuk anak-anak main buai. Mohon jangan kecam, bapak budak pun tumpang sekaki…adehhhh

The Forest House. Pelbagai info mengenai flora di taman ini. Di sediakan juga tong air untuk pelawat minum. Tengah panas lit-lit, segar dapat minum air sejuk

Akan datang trails akan semakin luas

Unik! 🙂

Segar bugar budak-budak ni dengar dapat reward mandi sungai! 🙂 Lepas hiking, dalam perjalanan pulang ke Rawang, kami singgah Hutan FRIM Kepong untuk mandi manda.

Datanglah bawa anak-anak ke sini. Laluan santai, dedahkan anak-anak dengan hutan bandar, lebih selamat dan kurang risiko.