Nama Bukit : Bukit Takun

Tarikh : 17/02/2019

Pendakian bermula dari kaki Bukit Takun dan berakhir di air terjun Kanching, level 7. Starting point dr kawasan perumahan Templer.

Di bahagian belakang itulah Bukit Takun 🙂 Permit hutan diperlukan. Trek agak santai dan kurang jalur pendaki. Ada bahagian yang perlu memanjat dengan menggunakan tali. Ketika kami naik, cuaca elok. Pendakian pun dalam keadaan santai sahaja 🙂

Kami kemudiannya sampai di kawasan Bukit Takun. Batuan di sini sangat unik! Kami berhenti rehat dan bergambar. Penulis sangat teruja kerana dapat melihat batuan ni dengan jelas. Sebelum ni nampak dari kejauhan je apabila melalui Jalan Besar.

Kawasan hutan ini juga kaya dengan flora dan fauna yang unik dan menarik. Ini antara buah tangan yang penulis sempat rakamkan di Bukit Takun.

Kami kemudiannya melalui kawasan Hutan Kanching. Berhenti untuk menikmati pemandangan air terjun dan kemudiannya turun ke kaki bukit 🙂

Sebaiknya gunakan khidmat guide untuk naik memandangkan trek tidak mempunyai marking.

Boleh rujuk pages >> Takun Trail Templer Park

Mereka sangat cekap dan bertanggungjawab dalam menguruskan pendaki yang naik ke sini 🙂