Nama Bukit : Bukit Sri Bintang

Tarikh : 10/02/2019

Bukit Sri Bintang terletak di Kepong Selangor. Bukit ini terkenal di kalangan komuniti cina di sini. Anda boleh parking di kawasan sekitar kawasan perumahan. Starting point terletak di Jalan Sri Bintang 8.

Trek sederhana santai. Trek awal jenis hutan tertutup dan agak mencanak. Sesuai bawa anak-anak kerana trek tidak terlalu curam dan ramai pendaki naik pada hujung minggu.

Anda boleh ambil tongkat untuk naik, sila letak semula selepas turun 😀👍

Di pertengahan trek, disediakan alatan untuk senaman ringgan.

Puncak pertama di bahagian pencawang. Di sini ada kerusi untuk berhenti rehat. Terdapat juga alatan senaman yang di sediakan komuniti di sini. Anda boleh melihat pemandangan bangunan pencakar langit. View bertambah cantik ketika matahari terbit dan terbenam. Jika ada rezeki anda mungkin bertemu bentukan pelangi yang sangat indah.

Selepas puncak pertama, kelihatan laluan terbuka ke puncak seterusnya. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini. Cantik! seolah berada di luar negara 🙂

Pendakian mengambil masa sekitar sejam atau sejam setengah bergantung pada pace masing-masing. Jaga kebersihan bersama. Bawa turun semua sampah anda 🙂

Untuk rujukan lanjut boleh juga ke pages >> Bukit Sri Bintang 星光山