Nama Bukit : Bukit Senorang

Ketinggian : 326 M

Tarikh : 16/09/2020

Penulis dan rakan teruja melihat gambar awan karpet di Bukit Senorang. Kami kemudiannya mendaftarkan diri dengan GOGO Kembara Hikers. Lokasi terletak di Kemayan, Pahang hanya mengambil masa 2jam atau 137 km dari Tol Gombak.  Kawasan tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak berwajib untuk dijadikan kawasan rekreasi (hiking), dengan ketinggian 326M dan tahap kesukaran yang mudah, ianya sesuai untuk jadi tempat rekreasi seisi keluarga.

Kami menunaikan solat subuh di surau tidak jauh dari kawasan starting point. Pendakian bermula sekitar 6.40 pagi. Anda boleh parking di kawasan lapang, berhadapan Tanah perkuburan Kg Seri Hamzah. Di situlah starting point untuk memulakan pendakian. Kami kemudiannya melalui kawasan kebun kelapa sawit dan getah. Adakalanya mencanak. Ada gerai di pertengahan trek. Boleh la singgah untuk minum :p

Penulis sudah lama tidak mendaki, sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP), stamina pun dah hilang ke laut dalam haha. Alhamdulilah pendakian naik sekitar sejam setengah. Ketika itu kelihatan awan mula berkepuk-kepuk. Terasa seperti di mall, peak penuh sesak dengan pendaki. Nak bergambar pun kena beratur :p

Sila beratur ye! Mujur rakan kami pandai berpolitik (diplomasi bkn potong Q ya haha). Maka dapat la selit awal sedikit hihi

Subhanallah! Sungguh cantik pemandangan di sini. Tidak sia-sia kami datang dari Selangor untuk menikmati pemandangan sebegini indah.

Bagi penjejak awan karpet, bolehlah jadikan lokasi ini sebagai pilihan. Lokasi yg santai dn menarik untuk abadikan kenangan bersama awan gebu-gebu. Penulis dan sahabat, Lisa, Cuah dan Zila mula mencari port cantik untuk bergambar. Haruslah cari angle yang cantik untuk dijadikan kenangan 😊

Sewaktu turun, pegawai dari pejabat kesihatan sedang menunggu. Mujur kami mendapat informasi dari pendaki lain. Nak sampai ke bawah tu kami dah pakai mask siap-siap. Dengar kata ada yang dah kena saman! Mujur!

Waktu pulang kami singgah ke gerai untuk mengisi perut. Teringin pula cuba laksa Kemayan. Boleh tahan sedap!

Sambil tu penulis membelek gold bar milik sahabat. Baru keluarkan dari akaun gap . Tahniah! Dah mula celik emas! 😊

Setelah pulang ke rumah, penulis di tag oleh sahabat. Katanya ada kemalangan di hari kami mendaki tu. Sumber Berita Kosmo Allahu, moga diberi kekuatan pada keluarga arwah.

Begitulah coretan ke Bkt Senorang. Antara kenangan yang manis.  Datanglah ke sini, mana tahu rezeki ketemu awan karpet!