Nama Tempat : Bukit Senaling
Ketinggian : 394 m
Tarikh : 24/02/2018
Trek ini wajib naik dengan guide. Boleh contact Bukit Senaling Official. Bayaran masuk RM15-20/seorang. Untuk rujukan harga terkini boleh berhubung dengan pihak berkenaan. Mulanya acik pergi solo, usha trek dulu. Jatuh cinta dengan keindahan Senaling. Kali kedua pergi, acik dan suami bawa semua anak-anak. Sepupu kami pun join sekali. Kebetulan waktu pergi tu saudara Azrulkhan Siswa Labah Labah (Adam) dalam misi untuk menawan Everest. Semangat anak-anak melihat seorang pemuda OKU yang berjiwa kental
Trek Bukit Senaling pada awalnya agak mencanak. Melalui kebun dan kemudian kawasan lapang. Kami bersyukur waktu naik dan turun cuaca sangat baik.
Starting, mencanak sedikit
Melalui kawasan tanah merah. Pagi tu baru lepas hujan jd trek agak berselut
Guide yang menemani kami disepanjang pendakian
Oleh kerana ada bahagian tanah yang becak, kasut anak-anak mula berselut. Berhenti seketika untuk bersihkan selut dan berehat.
Ratu pewai bergambar haha…banyak drama!
Melalui kawasan hutan yang agak redup. Ada laluan tangga kayu. Berhati-hati melalui tangga ni
Di puncak, kabus tebal ala ala di Kundasang .Sarang lebah jelas kelihatan. Subhanallah, sangat indah ciptaan yang maha kuasa.
Dua kali pergi tak ada rezeki ketemu awan karpet. Apapun view 360 darjah sangat memukau. Banyak port menarik untuk bergambar.
Kami kemudiannya menikmati bekalan yang di bawa dari rumah. Penat mendaki dan suasana pula sejuk, memang berselera lah anak-anak makan.
Sebaik selesai mendaki, kami bawa anak-anak mandi sungai di Hutan Ulu Bendul. Reward kerana berjaya menawan Bukit Senaling 🙂