Nama Tempat : Bukit Raka, Bentong, Pahang

Ketinggian :579M

Tarikh : 06/11/2019

Bukit Raka terletak di bandar Bentong dengan ketinggian 579m. Dengan ketinggian bawah 1000m, ianya nampak mudah, tetapi sebenarnya sangat mencabar terutama untuk beginner.

Starting point bermula di penghujung Lorong Bentong Makmur 22

Anda boleh meletakkan kenderaan di sekitar jalan bertar berdekatan kawasan perumahan. Pastikan anda meletak kenderaan dengan baik agar kenderaan lain boleh masuk untuk parking di kawasan berkenaan. Bukit Raka boleh di lihat di sebelah kanan starting point. Trek kebanyakan mencanak dan ada bahagian perlu memanjat 90 darjah. Elakkan mendaki ketika hujan kerana batuan mungkin licin.

Puncak Bukit Raka

Pendakian mengambil masa sekitar 2-3jam bergantung pada pace masing-masing. Kami naik dalam keadaan santai, mengambil masa 2jam untuk sampai ke puncak. Sejam untuk turun ke bawah. Dari puncak di sajikan dengan pemandangan bandar Bentong dan Genting Highlands. Jika anda mendaki awal pagi, peluang ketemu awan karpet sangat cerah.

Trek Bukit Raka. Memang ‘lazat’ haha perlu kekuatan tangan untuk berpaut

Hati-hati juga ketika memijak bahagian batu kerana ada batuan kecil yang mungkin terjatuh ke bawah yang boleh menyebabkan kecederaan pada pendaki lain. Boleh dikatakan trek sentiasa mencanak dan perlu memanjat! Perlukan stamina yang baik untuk mendaki. Jika tidak, balik hiking nanti bersedia lah jalan mengengkang haha

Signboard di puncak Bukit Raka

Bergambar bersama sahabat sependakian

Berehat dan mengisi perut sebelum turun ke bawah

Seperti biasa, harus beli jiwa untuk melancarkan urusan ‘permit’ akan datang hihi

Bukit Raka sangat sesuai untuk training. Pengalaman baru dan mencabar. Bukan bukit besaaaa besaaaaa 🙂 Pendakian yang berbaloi!

#hiking #ilovehiking #hikingbentong #hikingpahang #hikingselangor #hikingkualalumpur #SebuahPendakian #BukitRaka