Nama Bukit : Bukit Pau

Tarikh : 16/09/2019

Penulis dan sahabat merancang untuk mendaki bukit sekitar Kuala Lumpur. Akhirnya sepakat untuk mendaki Bukit Pau, Kemensah, KL. Kami tidak tahu trek secara jelas, cari panduan dari blog dan nekad untuk redah sahaja. Kami parking kereta tidak jauh dari starting point.

Pada awalnya trek agak santai. Kami menggunakan laluan yang biasa digunakan oleh pendaki. Ada juga laluan yang biasa digunakan oleh bikers. Kami ambil simpang ke kiri dan meneruskan pendakian. Kemudian kami jumpa susur baru dan ambil arah kiri laluan. Kami meneruskan perjalanan hingga nampak sebuah rumah dan sekitar rumah tu ada lebih 4 ekor anjing. Anjing ini mengikut kami. Walaupun bukan anjing liar, kami bimbang juga kalau tiba-tiba anjing melompat dan menerkam kami!

Penulis kongsikan gambar yang sempat di ambil sepanjang mendaki

Kami melalui kawasan dusun. Di situ kami berhenti rehat di sebuah rumah. Nampaknya laluan yang kami tempuh ni sedikit tersasar.

Kami kemudiannya bertanya dengan penunggang motosikal yang sudah biasa dengan trek di sini. Beliau memberi arah untuk ke klang gates dam. Kami kemudiannya menyusur ke laluan yang betul.

Alhamdulilah, akhirnya kami sampai juga ke sini

Setelah bergambar, kami bergerak pulang. Penulis berseloroh mahu ke Pondok Repin. Dalam google map dekat! Tapi kalau nak naik ke sana mau berejam haha. Maka kami batalkan hasrat dan bergerak turun. Pada pendapat penulis, Bukit Pau ni biasa sahaja. Lebih pada pendakian santai. Okaylah kan dari mereput di hujung minggu hihi