Nama Bukit : Bukit Besi

Tarikh: 05/02/2019

Trek santai, sesuai untuk newbie dan pendaki yang ingin mendaki bersama anak-anak. Starting point berdekatan OCBC Bank (rujuk pada gambar)

Gambar melintas jalan selepas mendaki (parking kereta di kawasan OCBC).

Starting point bertentangan dengan OCBC Bank.

Di sinilah starting point, bersebelahan dengan kondo

Laluan bertar dalam 100meter. Kemudian nampak tangki air di sebelah kanan. Boleh pilih laluan belah kanan atau kiri.

Laluan sebelah kanan lebih dekat dan kurang mencabar berbanding sebelah kiri.

Melalui kawasan hutan dan ada kawasan perlu memanjat. Hati-hati ye.

Terdapat pondok rehat sebelum sampai ke puncak. Berhenti rehat seketika. Anak yang bongsu berumur 3 tahun relaks sepanjang pendakian. Begitulah dia, seperti biasa sentiasa tenang dan ceria sepanjang pendakian 🙂

Kami sampai ke puncak, matahari tegak di atas kepala. Panas! sebaiknya mendaki awal pagi, cuaca pun redup.

Pemandangan bangunan pencakar langit.  Ambil peluang bergambar. Melalui perkongsian rakan hiking, view waktu malam pun sangat cantik. Ramai juga yang camping dan bbq di puncak. Kami kemudiannya turun dan mengisi perut di restoran berdekatan. Lapar! :p