Boleh gadai emas secara online? wow biar betul ni.
Ya! Zaman semakin canggih, klik sana klik sini pelbagai urusan boleh di buat tanpa perlu keluar rumah. Begitu juga urusan di Public Gold , sangat mudah! Anda bukan sahaja boleh beli dan jual emas secara online. Malah boleh gadai emas secara online juga.
Jika anda ada emas yang di simpan dalam akaun gap Public Gold, anda boleh menggadaikan emas untuk terima tunai segera!
TERMA & SYARAT
- Pinjaman adalah 70% daripada harga GAP.
- Upah simpan adalah 1% sebulan daripada nilai GAP.
- Tempoh masa gadaian adalah 6 bulan.
- Jika gadaian dibuat sebelum jam 4 petang, duit gadaian akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda keesokan harinya waktu bekerja (jika akaun Maybank). Jika selepas 4 petang maka wang gadaian akan dimasukkan dalam tempoh 2 hari bekerja.
Contoh Pengiraan
Katakan anda ingin menggadaikan 10 gram emas GAP. Harga GAP pada hari tersebut adalah RM254 segram.
Harga 1g emas GAP = RM254/g
Nilai marhun 10g = 10gX RM254 = RM2540.00
Upah simpan (1%/bulan) = RM2540.00 X 1% = RM25.40/sebulan
Anda dapat pinjam = RM2540.00 X 70% = RM1778.00
Maksudnya, jika tebus emas pada bulan pertama, perlu bayar RM1778.00 + RM25.40 = RM1803.40 dan seterusnya. Upah simpan boleh dibayar sekaligus apabila tamat tempoh pajakan iaitu 6 bulan atau setiap bulan.
Jika anda pajak untuk tempoh 6 bulan, upah simpan ;RM 25.40 x 6 = RM 152.40
Untuk menebus semula emas GAP dalam tempoh 6 bulan, anda perlu bayar pinjaman + upah simpan.
RM 1778.00 + RM 152.40 = RM 1930.40
Boleh ikuti langkah di bawah untuk urusan pajak dan tebus semula.
Langkah Pertama (Akses Website Public Gold)
- Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login.
- Masukkan username dan password anda dan klik Log in.
Langkah kedua
Klik My GAP
Langkah Ketiga
Klik ArRahnu
Langkah Keempat
1. Masukkan gram emas yang ingin anda pajak. Jumlah minima adalah 1 gram
2. Klik Request
Langkah Kelima
1. Semak dan pastikan semua maklumat betul
2. Klik Confirm
Langkah Keenam
1. Urusan pajakan emas anda telahpun selesai!
2. Duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda selepas gadaian dibuat (pastikan anda telah memuatnaik salinan kad pengenalan dan salinan maklumat bank).
Alhamdulillah tak sampai 5 minit dah siap urusan pajak emas. Urusan boleh dibuat 24jam dan hari cuti pun boleh buat 🙂 Semoga artikel ini membantu anda pajak emas dengan cepat, mudah, selamat dan patuh syariah.
TEBUS SEMULA EMAS
Apabila anda ingin menebus semula emas anda, anda hanya perlu menghubungi staf di preferred branch anda (login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda tak pasti). Staf akan berikan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran.
Mudah kan? 🙂
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
