Kata guru emas saya, Tuan Shamsuddin Kadir setiap instrument kewangan mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. So don’t put all eggs in one basket.

Don't Put All Your Eggs In One Basket | Investormint

Emas sebagai alat kewangan. Tapi apakah kelebihannya?

☑️ Nilai emas insyallah stabil dalam jangka masa panjang walaupun harganya ada turun naik dalam jangka masa pendek.
☑️ Emas mudah dicairkan. Emas laku di mana-mana sahaja, emas tidak ada sempadan masa & negara. Asalkan emas itu tulen.
☑️ Emas tak mudah dimusnahkan berbanding duit kertas. Kalau emas dipotong kecil-kecil, ia tetap laku. Duit kertas terpotong lapan terus hilang nilainya, jatuh kepada sifar. Iaitu nilai asalnya.
☑️ Emas pengimbang kejatuhan nilai mata wang. Nilai duit jatuh, harga emas akan naik untuk mengimbangi kejatuhan harga tersebut.
☑️ Nilai emas adalah berkadar terus dengan berat & peratus ketulenan emas. Harganya meningkat dalam jangka panjang. Semakin lama kita simpan emas. Semakin tinggi harga emas disebabkan nilai wang yang semakin susut. Ini pasti berlaku & sedang berlaku.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Antara kekurangannya adalah :

❎ Simpan emas tidak menjana pendapatan. Nak jana pendapatan, bolehlah jadi peniaga emas atau nak cara paling mudah, jadi Dealer/ejen mana-mana syarikat pengeluar emas; yang paling tinggi reputasinya setakat hari ini adalah di Public Gold!
❎ Emas tiada dividen seperti unit amanah, ASB & TH.
❎ Risiko hilang atau dicuri. Kalau banyak simpan emas, menjadi berisiko jika simpan di rumah, elok simpan dalam Safe deposit Box.
Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya  +6 019-2160853 . InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang dalam pengetahuan saya.