Nama Tempat :
Hutan Lipur Sungai Chamang
Tarikh :
06/10/2019
Encik suami ada kerja belah Bentong Pahang. Beliau ajak isteri dan anak-anak ikut. Bagaikan bulan jatuh ke riba, kami semua bersetuju! 😊
Katanya selesai sahaja kerja, kita pergi mandi air terjun sungai Chamang. Penulis risik tempat ni. Dari info air terjun ni agak bahaya kerana banyak kes kematian akibat lemas. Jadi kami dah maklum hal ni.
Dari carian google, HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.
Bayaran masuk RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak. Waktu Operasi : 8pagi – 5 Petang (dibuka setiap hari)
Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.
Anak-anak teruja tangkap berudu di celahan batu. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.
Kawasan Air Terjun Chamang ni jugak ada meyediakan jambatan gantung. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa naik jambatan gantung, ni masanye korang nak rasa pengalaman naik jambatan gantung. Dari atas jambatan gantung ni korang akan dapat lihat pemandangan yang cukup cantik dengan air yang mengalir kat bawah jambatan tu.
Kemudahan yang ada di sini :
- Kawasan letak kereta percuma yg luas
- Kawasan perkhemahan
- Tempat BBQ
- Tandas
- Tempat bersalin pakaian dan mandi
Kami kemudiannya memilih kawasan bawah untuk mandi manda. Hanya anak-anak berendam. Cuaca pun molek. Panas elok. Selepas mandi, kami bergerak pulang. Penulis kongsikan gambar-gambar sepanjang di Kawasan Hutan Lipur. Jika anda datang ke sini, jangan mandi ketika musim hujan atau selepas hujan, bimbang ada kepala air dan arus deras. Utamakan keselamatan ya 🙂
