DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN
1 dinar sesuai di jadikan sebagai hantaran perkahwinan atau mas kahwin. Bukan sahaja sebagai kenangan,malah nilai emas semakin meningkat dan simpanan bertahan lebih lama.
Berat 1 dinar 4.25g dan berat 1 dinar ini tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang. Apa yang berubah adalah harga dinar tersebut. Benarlah jika dulu 1 dinar boleh beli 1 ekor kambing, sekarang 1 dinar masih relevan nilainya dengan 1 ekor kambing bergantung pada saiz dan berat kambing.
Menjadikan Dinar sebagai hantaran atau mas kahwin bukan saja trend yang semakin meningkat popular malahan satu langkah yang baik dan menjadi kick start pelaburan pasangan yang baru hidup bersama.
Dinar juga membawa kelebihan di mana ia akan tahan lebih lama berbanding dengan wang hantaran kerana nilai wang akan Cepat lesap dibelanjakan dan nilainya juga akan berubah dan merosot disebabkan inflasi.
Ramai juga kalangan artis yang menjadikan dinar sebagai mas kahwin. Antaranya Fizo Omar dan Mawar, Hasmie dan Syah Reza, Raja farah Raja Aziz dan pasangannya Iskandar Ismail.
Begitu juga dengan Datuk Mohamad Nasir bin Mohamed ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000.
Mas kahwin mereka ialah 13 dinar. Nilai 1 dinar pada tahun 2000, hanya RM153 sekeping. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
13 keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’
Mari buat pengiraan sedikit :
Sept 2000 nilai 1Dinar=RM153
Nov 2020 nilai 1Dinar=RM1027
(merujuk kepada harga dinar 22k Public Gold pada 13/11/2020)
Sept 2000, 13 Dinar × RM153 = RM1,989
Nov 2020, 13 Dinar × RM1027 = RM13,351
Peratusan keuntungan, 13,351/1,989 × 100 = 671%!!!
Jika anda menyimpan duit sebanyak RM2000 pada tahun 2000 adakah nilainya akan meningkat? Fikirkan.
Masih belum terlambat untuk memulakan langkah menyimpan emas.
Tips untuk bakal pengantin yang ingin menjadikan emas sebagai mas kahwin dan hantaran:
- Tetapkan mas kahwin dan jumlah hantaran dari sejak perkenalan, bertunang atau dari sekarang.
- Katakanlah, maskahwin ialah RM700 dan hantaran ialah RM11,000. Maka cari item emas dengan nilai terdekat. Sebagai contoh 1/2 dinar (RM700) sebagai mas kahwin dan gold bar 40 gram (sekitar RM10,000) sebagai hantaran.
- Bakal pengantin perempuan boleh mula membeli 2 item tersebut sebagai pelaburan perkahwinan sekarang.
- Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan juga boleh mengambil langkah dengan mula mengumpul emas untuk tujuan tersebut.
- Sampai masa untuk berkahwin, beritahu bakal suami yang anda mahukan 1/2 dinar emas sebagai mas kahwin dan gold bar 40 gram sebagai hantaran.
- Bakal suami akan mula merancang untuk membeli 1/2 dinar dan gold bar 40 gram.
- Beri tawaran anda kepada bakal suami untuk menjual 1/2 dinar dan gold bar 40 gram tadi pada harga diskaun (samada harga tengah atau harga PG BUY).
- Anda akan mendapat wang tunai hasil jualan. 100% hasil jualan ini adalah untung pelaburan emas anda.
- Apabila selesai majlis akad nikah, 1/2 dinar dan gold bar 40 gram tadi juga akan menjadi milik mutlak anda kerana pemberian dari suami.
Antara manfaat yang akan anda perolehi ialah :
- Untung dalam bentuk wang tunai hasil dari jualan emas milik anda kepada bakal suami.
- Tidak seperti wang tunai, pengantin perempuan akan mendapat mas kahwin dan hantaran dalam bentuk yang lebih kukuh, kalis inflasi, mempunyai sentimental value tinggi dan bertahan jangka panjang.
- Emas asal sebagai modal pelaburan tidak hangus dan hilang.
Untung kan kalau simpan emas? Memang untung!
Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.
“Save gold today, It will save you tomorrow”
