Nama Bukit :
Bukit Apek, Kuala Lumpur
Tarikh : 22/09/2019
Penulis dan sahabat merancang untuk mendaki ke Bukit Apek. Pada awalnya kami rancang mendaki berlima tetapi saat akhir masing-masing ada hal tidak dijangka, jadi penulis dan sahabat bernama Manja meneruskan rancangan kami. Mujur Manja pernah mendaki di sini, jadi kuranglah risau tersesat jalan :p
Pendakian bermula di Kawasan perumahan Taman Awana, Cheras. Kami parking kereta di kawasan bangunan kedai. Bimbang pula nak parking sekitar perumahan yang mungkin ganggu lalulintas. Jadi kami menapak sedikit ke starting point. Bukit ni sebenarnya adalah Bukit Putih, tapi lebih dikenali dengan nama Bukit Apek kerana ramai warga emas dan komuniti berbangsa cina mendaki di sini.
Kami mendaki di laluan santai hingga sampai kawasan bukit yang lapang dan terdapat pencawang. Ketika itu matahari terbit dan kami berhenti seketika untuk bergambar. Kami meneruskan pendakian yang mula terasa seksa. Mana taknya, menaik sahaja! Haha bukit apa ni? Penulis mengomel sendiri. Manja dah laju ke depan. Padu benar budak ni :p
Bukit Apek ni ada 6 stesen. Ada stesen kita boleh berehat dan ada peniaga menjual air. Kami mencari pondok tinggi sebelum meneruskan niat ke waterfall.
Dari stesen 6, boleh terus potong ke Puncak Bukit Saga atau terus ke air terjun. Jika ambil simpang ke kiri, akan menuju ke Bukit Saga dan jika ambil simpang ke kanan akan menuju ke waterfall. Air terjun ni terletak ditengah-tengah antara bukit. Hendak ke air terjun ni, trail mudah saja. Cuma agak menurun ke bawah. Kami kemudiannya sampai ke kawasan air terjun. Keluarkan makanan ringgan dan bergambar. Kemudian meneruskan semula pendakian.
Waktu pulang tu ada kekeliruan juga. Anda kena berhati-hati kerana laluan yang salah mungkin menyebabkan anda tembus ke kawasan lain. Kami kemudiannya singgah di pondok untuk berehat. Ada kolam air di sini. Kawasan bersih dan terjaga. Ramai komuniti cina di situ sedang masak air dan makan-makan. Mereka pelawa kami makan tembikai. Perut pun tengah berdondang sayang. Dalam hutan dapat tembikai memang heaven haha.
Setelah berehat, kami meneruskan perjalanan turun. Hajat hati nak bergambar di pokok besar. Sahabat penulis dah selamat bergambar. Gambar penulis tak kunjung tiba hihi. Ada kisah di sebaliknya. Arghhhh, pasti akan repeat! Nak juga gambar kenangan di situ :p
Pokok tu unik, dengan akar berselirat, usia pasti beratus tahun. Inilah salah satu tanda kebesaran Allah. Ada orang pandang itu sesuatu yang biasa. Bagi penulis, apa juga keunikan yang ada, itulah tanda untuk kita berfikir tentang kebesaran Allah.
Alhamdulilah, kami selamat sampai ke starting point. Bukit Apek ni bukanlah trek santai ye. Perlukan sedikit stamina sebelum naik. Bawa air lebih, trek ni mencanak! Sebelum pergi, kaji trek dulu agar anda tidak sesat. Selamat mendaki!
Dalam pendakian, kita memerlukan barangan tertentu seperti Hydration Bladder untuk memudahkan kita dapatkan bekalan air yang cukup sepanjang pendakian dan Portable hammock untuk aktiviti santai di tepi pantai atau di atas gunung.
PTT Outdoor’s big mission is to encourage more individuals to explore the outdoors , because they believe that a life lived outdoors is a life lived.
PTT Outdoor adalah syarikat yang menjual barangan outdoor termasuklah hiking, camping, running, cycling dan mereka berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi pada masa depan. Mereka menjual barangan outdoor harga mampu milik, kualiti premium dan sasarkan untuk menyelesaikan masalah harga lambung bagi barangan outdoors di luar sana. Dengan membeli bersama PTT Outdoor, diharapkan pengguna akan dapat barangan dengan harga terbaik di pasaran.
Harga produk di PTT Outdoor bermula dari serendah RM2.90 dan mempunyai lebih 700 item di website. Menerima lebih 3000 positive review dari fb dan website kerana pengguna sangat sukakan servis dari mereka.
Boleh refer website di bawah. Klik je gambar di bawah untuk dapat diskaun pembelian 5-10% 🙂
Portable Hammock is portable, durable and breathable that can be easily cleaned and dries quickly. It’s made of parachute nylon fabric so it’s strong. The hammock comes with an ideal drawstring sack to make the hammock easy to carry around when not in use. Comes with a carabiner and ropes for attachment. Hang out anywhere, anytime with this hammock. You’ll never have to sleep on the ground again!
Beli pada harga istimewa! Klik pada gambar untuk dapatkan item ni
Bekalan air yang cukup dengan 3 Liter Hydration Bladder. Foldable design, easy to carry. Klik pada gambar untuk dapatkan produk hot ni! Time to shopping. Jom kita! 🙂
