Bila membeli dan menyimpan emas, konsistensi sangat penting.

Apa pentingnya konsisten?

❤️ Gram emas akan bertambah dari masa ke semasa.

❤️ Kita akan dapat pelbagai harga emas yang boleh dijadikan pelbagai titik untuk menjual semula apabila tiba masanya.

❤️ Kita boleh mengaplikasikan teknik pemurataan kos dan harga yang tinggi boleh dikurangkan dengan pembelian pada harga yang lebih rendah.

Salah satu cara untuk wujudkan konsistensi ialah dengan membeli emas secara bayaran berperingkat atau ansuran yang patuh Syariah.

Emas dikunci harganya pada hari ini dan bayaran dibuat secara bulanan. Duit yang dibayar adalah berbentuk sekuriti deposit.

Apabila telah tamat bayaran dan emas sudah siap sedia untuk diambil, ketika itu akad jual beli akan berlaku.

Apa-apa pun, ilmu mesti dituntut juga secara konsisten.

Bacalah buku-buku dan tulisan-tulisan tentang emas. Ia akan membantu kita menjadi pembeli dan penyimpan emas yang lebih baik.

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai simpanan emas Public Gold, boleh KLIK SINI insyallah saya akan bantu.

“Save gold today, It will save you tomorrow”