Nama Bukit : Bukit Batu Pahat

Ketinggian : 410M

Tarikh : 27/11/2019

Bukit Batu Pahat terletak di Kuala kubu Bharu, Selangor. Starting point terletak di sebelah Institut Kemahiran Mara (IKM).

Starting point…lepasi pagar hitam dan teruskan pendakian (Sebelah IKM, Kuala Kubu Bharu)

Kawasan paragliding park (menurut sumber ada hari tertentu tdk boleh naik bila ada aktiviti paragliding)

Trek BBP dari tanah merah yang agak keras. Banyak batu-batu kecil di permukaan tanah. Agak licin dan adakalanya mencanak.

Trek sangat jelas dan ketinggian sekitar 400 meter. View? biarlah gambar berbicara. Jangan lupa bergambar di bongkah batu besar dan menikmati pemandangan dr atas 🙂

Dari atas jelas kelihatan bandar Kuala Kubu Bharu

Alhamdulilah, misi selesai

Buah tangan dari Bukit Kuala Kubu 🙂

Datanglah mendaki di sini, view tidak mengecewakan, trek pun mencabar tetapi dengan ketinggian 400m masih di kira okay 😉