Nama Tempat : Hutan FRIM

Tarikh : 26/11/2019

Pertama kali datang untuk jungle trekking. Bayar untuk kenderaan masuk RM5. Bayaran dewasa seorang RM1. Kanak-kanak percuma. Untuk mendaki, harus mendaftar di pusat informasi pelawat untuk kebenaran masuk hutan.

Boleh daftar waktu sampai di sana. Trek sangat santai. Sesuai bawa anak untuk mendaki. Reward anak-anak mandi sungai.

Kali kedua kami datang untuk mandi manda sahaja. Air terjun di sini sangat cantik. Tidak perlu mendaki terlalu jauh. Park kereta terus di depan kawasan air terjun sungai Kroh. Oh ya, ketika kami datang ke sini Jambatan Rimba masih ditutup. Ogos 2020 dah dibuka semula. Bolehlah datang merentas hutan melalui jambatan baru yang ada di situ 🙂

#hiking #ilovehiking #hutanfrim #airterjunsungaikroh #hikingkualalumpur #hikingselangor #sebuahpendakian #hikersfamily