Nama Gunung :
Gunung Semanggol
Ketinggian : 390m
Tarikh : 11/02/2018
Kami dari #hikersfamily bertolak dari rumah sekitar jam 4 pagi. Berhenti di rnr untuk solat subuh. Memulakan pendakian sekitar jam 8 pagi. Kebetulan hari tu ada group lain juga mendaki. Jadi kami follow mereka dari belakang. Oleh kerana trek amat jelas, kami perlahankan pace dan mendaki secara santai.
Trek di gunung Semanggol amat mencabar. Walaupun ketinggian hanya 390m. Ada kawasan hutan tertutup dari panas matahari dan ada juga kawasan lapang yang membuat kulit kami seakan terbakar kepanasan.
Trek nak ke puncak berakar dan ada batu kecil yang bergerak. Kami memperlahankan langkah dan berhati-hati ketika mendaki bimbang batu tersebut jatuh ke bawah. Sampai di puncak kami disajikan pemandangan sawah yang menghijau. Subhanallah.
Kami mengalas perut di puncak dengan makanan ringan. Setelah puas bergambar, kami bergerak turun ke bawah. Alhamdulilah, semua berjaya naik dan turun dengan selamat. Gunung semanggol antara gunung yang menarik, open view 360. Jika ke utara, luangkan masa mendaki di sini. Sangat berbaloi
Isi perut, maggie pun sedap bila dah kat puncak. Lapar!
View sawah
Gunung Semanggol sangat bagus untuk training. Kalian wajib mendaki ke sini 🙂
