Nama Gunung : Gunung Ledang

Ketinggian 1276m

Tarikh : 29/12/2018

Acik bersama rakan menyertai trip ke Gunung Ledang melalui Sagil. Gogo Katak Pokok Explorer. Setibanya di Taman Negara Gunung Ledang, kami declare barang yang di bawa. Barang yang tidak di bawa turun akan di denda rm5/item.

Taklimat ringkas. Memulakan pendakian sekitar 8.15pagi. Pendakian CP1 Bukit Semput. 700 anak tangga memang semput di buatnya 😅 Seterusnya melalui CP2 Hentian Meranti, CP3 Batu Orkid, CP4 Simpang Bukit Satu Dua, CP5 Sg Segitiga. Di CP5 ada sumber air. Kami berhenti rehat di sini. Seterusnya simpang pendita. Pihak Taman Negara menetapkan COT untuk sampai ke sini. Jika lewat, kena redah laluan ‘tikus’. Trek santai dan lebih dekat.

Alhamdulilah kami tiba sebelum COT dan dibenarkan meneruskan pendakian terus ke laluan KFC yang mencanak. CP6 Gua Kambing. Di sini banyak trek guna tangga dan tali. Batu Hampar 60-75 degree. Selepas selesai azab di trek batu hampar, kami melalui kawasan Kem Bonsai. Di sini kami berhenti seketika untuk bergambar dan menikmati view dari atas. Cuaca agak berkabus. Sekadar menghayati rezeki yang ada di depan mata.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kem Botak. Di sini rasa sedikit sejuk dan kemungkinan boleh ‘cramp’ kerana penat layan trek yang menggunakan banyak kekuatan kaki dan tangan. Meredah 7-8 tangga yang adakala agak curam, akhirnya acik dan rakan berjaya menawan gunung ledang.

Alhamdulilah. Satu pengalaman baru. Selepas makan dan bergambar, kami turun melalui laluan ‘shortcut’. Berhenti solat di Kem Senget. Di sini ada sumber air untuk bekalan turun. Kami sampai ke bawah sebelum gelap sekitar jam 7pm (ada yang sampai lebih awal).

Insyallah, ada rezeki nak cuba trek Via Asahan pula.

#hiking #ilovehiking #gunungledang #hikingjohor #sebuahpendakian