Nama Bukit :

Bukit Wawasan

Ketinggian : 233M

Tarikh : 20/01/2018

Penulis dan rakan merancang untuk masuk ke Bkt Wawasan. Oleh kerana tidak tahu trek dengan jelas, kami redah saja laluan yang ada. Rupanya ada kawasan yang tidak dibenarkan masuk. Penulis sekadar berkongsi gambar lokasi.

Trek sederhana santai. Ada kala mencanak. Gambar sepanjang trek pun tidak banyak. Kebanyakan tanah merah dan adakala berakar. Ketika kami naik, baru lepas hujan. Jd trek agak licin. Seeloknya datang awal pagi kerana parking cepat penuh.Puncak Bukit Wawasan

Acik tengah selfie, ada yang tumpang sekaki. Layannnnn hihi
Meniti di laluan halus. Kami juga meredah kawasan trek yang berakar. Jika hendak ke sini, pastikan anda kaji dulu trek masuk dan keluar. Ini kerana banyak cabang laluan dan anda mungkin boleh tersesat.